Shattered name.
The name that parted in the air.
The name without an owner.
The name i will die calling.
I could not finish the last words.
I had in my heart.
The one i loved.***
Mata aku terus terbuka luas. Dada aku turun naik ganas. Cuba mengingati apa yang aku mimpikan tadi. Seketika kemudian, aku tersedar pipi aku basah.
Menangis? Aku menangis dalam lena?
Baru berniat nak lap pipi yang basah, baru aku teringat bahawa tangan aku diikat ke belakang. Dan-dan dada aku kembali terasa sebal. Tak sampai lima saat, aku sudah menangis teresak-esak.
"Luthfi, saya.. saya dah ingat awak. Saya.. saya minta maaf" Tersedu-sedan aku mengucapnya.
Luthfi ialah Arryan. Arryan ialah Luthfi. Dan dia ialah suami aku!
Bodohkah aku kerana tidak membenci dia setelah mengingati semua perbuatan yang dia lakukan kepada aku dahulu? Bahawa dia pernah menyeksa aku dahulu?
Tidak! Aku tak pernah benci dia! Walaupun itu ayat terakhir yang aku katakan selepas aku kemalangan, tetapi aku tak pernah menyimpan di dalam hati. Aku tak terasa nak benci dia! Kerana...
Love is more powerful than hatred.
Aku sayangkan dia. Lebih dari rasa benci aku.
Walaupun masih ada tercalit perasaan terkilan tetapi itu tidak dapat menghalang rasa kasih aku kepadanya.
Aku kena keluar dari sini. Aku kena bebaskan diri dari sini! Aku perlu mencari Arryan. Suami aku. Aku perlu bagitahu dia bahawa aku telah ingat semuanya. Aku telah ingat dia.
"Arryan.. saya.. akan datang.. dekat awak.. tunggu.. tunggu saya.." Perlahan-lahan aku bangkit dari pembaringan. Aku mengerutkan dahi sedikit apabila kepala terasa berpusing.
Kepala digeleng berkali-kali. Cuba hilangkan pening. Dan-dan aku rasa ada benda tajam di tangan. Apa ni? Pisau? Tapi macam mana?
Ada orang letak di tangan aku ketika aku pengsan? Siapakah gerangan yang baik sangat ni? Namun, tiada masa nak terharu sekarang. Aku cepat-cepat menggeselkan mata pisau itu ke tali yang sedang mengikat tangan aku di belakang.
Sebaik sahaja tangan sudah dilepaskan, aku angkat tubuh perlahan-lahan. Pisau masih tersemat di dalam genggaman. Bersiap sedia kalau-kalau ada serangan.
"Woi! Dia dah bangun!!" Pucuk dicita, ulam mendatang. Muncul dua ekor konco Kelam.
Seorang meluru kepada aku, namun cepat-cepat aku menghiris lengannya. Dia menjerit lantang sebelum aku menendang tubuhnya jauh. Lagi seorang muncul.
Wajahnya ditumbuk aku kemudian pisau itu dihunus ke wajahnya. Terpercik sedikit darahnya ke wajah aku. Dia berguling atas lantai sambil memegang pipi yang dihiris aku.
Peluang itu aku ambil untuk merampas senjata yang mereka berdua ada. Cukup dua batang pistol aku rembat, muncul lagi dua orang lelaki di pintu keluar.
Bang! Bang!
Belum sempat mendekati aku, mereka sudah ditembak. Terkulai lemah tubuh mereka di atas lantai. Maka dengan itu, aku ambil peluang untuk mencuri lagi peluru simpanan yang tersembunyi di sebalik jaket mereka.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...