"Sedia..."
"Chris?" Mulutku berbisik. Kening berkerut seribu setelah menyedari kehadiran lelaki itu di hujung sana.
Sedar mungkin diri dia diperhatikan, terus dia berlari keluar dari stadium.
PRETTT!!!
"Chris! Jangan lari!" Sebaik saja bunyi wisel kedengaran semua atlet berlari mengikut trek masing-masing. Aku yang berada di hujung sekali turut berlari.
Bezanya aku tidak lari mengikut trek seperti yang lain. Larian aku membelok ke tepi iaitu ke pintu utama stadium.
"Ayana! Nak pergi mana tu?!"
"Where are you going?!"
"Nampaknya yang menjadi perhatian ramai Ayana Zulaikha bertindak berlari ke pintu keluar stadium! Adakah dia menarik diri?" Yang si pengacara majlis pun sibuk juga nak mengulas. Aku tahu lah apa aku buat. Diam-diam sudah. Sibuk je!
Lagipun memang ini tujuan asal festival sukan ini diadakan. Mengesan Kelam. Tak sangka pula, dia termakan umpan.
Walaupun bukan Kelam yang memunculkan diri namun orang kanannya juga sudah memadai. Sangat membantu siasatan betul Chris ni. Bagus!
"Chris! Berhenti!" Jerit aku lantang. Namun, tiada tanda-tanda lelaki itu akan berhenti. Dia masih teruskan larian sehingga ke jalan raya.
Aku pula memang tak akan mengalah turut ikut sertainya. Berlari di tengah-tengah jalan raya.
Pon!! Pon!!
Bunyi hon kereta di merata-rata. Tapi itu tidak menjadi penghalang aku untuk teruskan larian.
Chris perasan jarak aku dengan dia semakin berkurang, dia bertindak menolak seorang penunggang motosikal dan penunggang itu jatuh ke jalan raya. Chris pula yang menggantikan tempat duduknya.
Pantas aku menoleh ke arah motosikal di sebelah. Penunggangnya perasan akan renungan maha tajam aku, segera dia bangun dari motosikalnya dan menanggalkan topi keledar.
"Ambil lah. Hati-hati" tuturnya perlahan. Penuh hormat. Aku terus tersenyum senang. Bagus betul ada rakyat Malaysia macam lelaki ini. Boleh maju keselamatan negara!
Topi keledar ditangannya dirampas sebelum dipakai ke kepala lalu aku mengisi tempat duduk motosikal. Pedal minyak ditekan sebelum aku memecut ke depan mengejar Chris yang sudah laju meninggalkan aku.
Tidak sangka, sekejap saja jarak aku dan dia kembali dekat. Ini Ratu Pecut negara lah! Pakej Ratu Rempit sekali tau! Wohoooo! Dia menoleh ke belakang dan jelas terkejut dengan kehadiran aku.
"We meet again, Chris"
Chris bertindak gila lagi. Dia membuka board dibelakang motosikalnya. Food Panda beb! Seperti faham dengan senyuman Chris, aku menggelengkan kepala.
"No, Chris. No!" satu benda di baling ke belakang iaitu ke arah aku! Kepala pantas mengelak ke tepi. Sekali lagi satu benda dilempar ke arah aku, juga sempat aku elak.
Kepala aku berpaling ke belakang. Melihat kereta di belakang aku yang sudah termakan serangan Chris tadi.
Dia lempar makanan pemilik motosikal Food Panda itu! Kasihannya! Semua customer mesti mengamuk sakan. Maafkan Chris, ya budak Food Panda?
"Membazir la Chris!" Tegur aku seraya memandang ke depan semula.
Pap!
"Arghh!!" motosikalku tidak dapat dikawal akibat makanan yang betul-betul mendarat di cermin topi keledarku. Pandangan aku terhalang! Akhirnya aku terbabas.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...