Aku berlari ke tengah jalan. Van hitam yang dipandu dengan kelajuan tidak masuk akal itu berada di hadapan. Mata tidak berhenti merenung van itu dengan pandangan dingin. Benci.
"Satu"
"Dua" aku mengangkat pistol di tangan dan ditalakan ke arah van tersebut.
"Tiga"
Bang! Bang!
Kedua tayar hadapan van itu aku tembak. Van tersebut hilang kawalan dan terbabas ke tepi.
Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!
Lima tembakan datang dari arah van tanpa sempat aku berbuat apa-apa. Mata terpejam menunggu apa yang bakal terjadi. Tapi tiada apa yang berlaku. Kenapa aku tidak berasa sakit langsung?
Perlahan-lahan mata dibuka. Terbeliak besar biji mata aku saat melihat pemandangan di hadapan.
"Ar..Arryan?!"
_____"No! Arryan!" Tubuhku bangkit sendiri. Mata terbuka luas. Benda pertama aku nampak ialah Hilman yang sedang memandang aku dengan kerutan di dahi.
"Kau kenapa? Gila?" Soalnya hairan.
Tangan yang diawang-awangan aku tarik ke bawah. Lah, aku mimpi je ke tadi? Nasib baik. Sedar akan hal itu, nafas lega dihela.
"Sampai mengigau jerit nama Arryan bagai. Kau mimpi apa?" Soal Hilman lagi. Aku menggeleng kepala saja.
"Lain kali jangan tidur petang-petang. Kan dah mimpi buruk-buruk. Padan muka! Nasib baik mimpi je tau, kalau jadi betul-betul macam mana?"
Aku terdiam. Kalau jadi betul-betul macam mana? Arryan.. ditembak. Tidak, aku takkan biarkan hal begitu menjadi kenyataan.
"Kau tak payah lah fikir sangat. Mimpi je tu. Dah-dah pergi basuh muka. Buruk benor air liur basi dekat muka hodoh kau tu."
Aku menjeling Hilman di hadapan. Bahagian tepi mulut diraba-raba. Ceh, tak ada pun air liur basi. Menipu tu agak-agak lah!
Namun, kaki tetap juga melangkah ke tandas. Baru bangun tidur, mesti bengkak mata aku. Dengan baru lepas mimpi ngeri lagi. Apa kes nightmare petang-petang?
Sampai sahaja di tandas, bahagian singki aku tuju. Pili air dibuka lalu aku menadah air yang mengalir. Mimpi tadi kembali berlayar di fikiran.
Arryan ditembak lima tembakan kerana..
Menyelamatkan aku.
"Arghhh!!" Air tadahan dipercik ke wajah. Aku tidak ingin mengingati mimpi itu. Setiap kali mengingatinya aku akan terasa seperti mimpi itu realiti.
Tidak! Arryan tidak akan sanggup menggadaikan nyawa dia untuk aku. Siapalah aku bagi dia untuk diselamatkan dari kesemua lima tembakan itu?
Bukan lah sesiapa.
Tiba-tiba bayangan Abang Ayden dan eomma terbayang di fikiran. "Eomma.."
Sebelum aku dapat tahu eomma meninggal dunia, aku ada mimpi. Ya, mimpi eomma kemalangan jalan raya dan meninggal dunia.
"Ayden.." Kejadian Abang Ayden juga sama seperti eomma. Beberapa hari sebelum Ayden meninggal dunia, aku juga mengalami mimpi yang sama.
Kemalangan. Kematian.
Adakah mimpi ini juga petanda yang sama? Arryan akan.. melakukan perkara yang sama seperti di dalam mimpi aku tadi?
Dan adakah ini peluang untuk aku sekali lagi mengubah semuanya? Sebelum ini aku gagal. Sebanyak dua kali aku gagal melindungi orang-orang yang aku sayang. Mungkin ini adalah peluangnya.
YOU ARE READING
Deep In My Heart
Action[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun tapi masalahnya kenapa mesti dia? Kenapa mesti dia yang menjadi majikan aku? "She don't know me? W...