💘PROLOG

84.9K 1.6K 27
                                    

Banggg!!!

"Arghhhh!!!!!"

"Sayang!!!!!!!!!"

"A-ab-abang..erghh to-tt-olong pp-pilih bb-baby ki-kkita kk-kalau a-ab-abang kk-kena b-bb-uat pilih-an nn-nanti..F-ffi-fiya cin-ta-kan a-ab-bang d-dunia dd-dan a-khirat..jag-a di-ri a-bang dan bb-baby ki-kkita".

Safiyah cuba menyimpulkan senyuman buat Rayden sambil mengusap pipi milik suaminya walaupun darah membuak-buak keluar dari mulutnya lantas memejamkan matanya.

"No Sayang!!! Jangan tinggalkan abang sayang! Open your eyes dear hey wake up! Kenapa buat abang macam ni sayang kenapa sayang?! Ya Allah!! Please be strong for abang and our baby..Buka mata Safiyah jangan tinggalkan abang..abang minta maaf..I'm sorry sayang please".

Bergema seluruh gudang lama tersebut dengan teriakan hiba Rayden yang memangku kepala isterinya sambil melekapkan tapak tangannya di belakang badan isterinya yang berterusan mengalirkan cecair berwarna merah pekat akibat ditembak oleh musuh Rayden.

Ya, Safiya bertindak memeluk melindungi tubuh Rayden agar peluru yang dilepaskan oleh musuh Rayden tidak menembusi tubuh suaminya itu.

"Kenapa sayang buat abang macam ni sepatutnya abang yang lindungi sayang bukan sayang yang lindungi abang..abang minta maaf sebab tak percayakan sayang..abang minta maaf sayang..abang janji abang akan selamatkan sayang." Buat pertama kali dalam hidup Rayden dia menangis dan takut sebegitu rupa kerana melihat cinta hatinya yang terkulai layu dalam dakapannya. Dia bimbang sekiranya cinta hatinya itu pergi meninggalkan dia.

"Rayden, kita kena keluar dari sini..kena cepat bawa isteri kau pergi hospital..pasal bangsat tu biar yang lain-lain uruskan." Rayqal Rizqi segera membantu abangnya itu untuk membawa kakak iparnya ke hospital sambil menahan sebak dihatinya apabila mendengar tangisan hiba dari abangnya.

Sayu hati Rayqal tatkala melihat kakak iparnya ditembak oleh "si dia" yang sudah lama berdendam dengan abangnya itu.

'Please sayang bertahan demi abang dan baby..abang janji abang akan balas semua apa yang diorang dah buat dekat sayang..abang janji.' Bicara hati Rayden sambil berlari mengekori langkah adiknya menuju ke kereta milik mereka dengan tangan yang mencempung tubuh milik isterinya yang berbadan dua itu.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now