💘EPILOG

46.6K 1K 200
                                    

Angin malam yang menyapa terasa sangat dingin namun menyalurkan perasaan yang nyaman buat Rayden yang sedang berdiri di palang balkoni bilik dengan hanya memakai sweetpants tanpa memakai sebarang baju pada bahagian atas tubuhnya itu.

Langit malam direnung dengan rasa yang sungguh gembira. Terasa kembali hidup seluruh jiwanya sejak Safiyah sudah kembali dalam hidupnya semula.

Sedang dia leka melayani perasaan, seketika terasa belakang tubuhnya dipeluk oleh seseorang dan tidak perlu diteka lagi siapakah gerangan itu.

Bibirnya mengukirkan senyuman yang lebar sebelum tubuh dipusingkan ke belakang. Safiyah yang sedang tersenyum manis kepadanya dipandang dengan penuh minat.

Cantik.

Sungguh menenangkan sekeping hatinya.

Rambut lurus Safiyah dilurut lembut oleh Rayden sebelum diselitkan pada belakang telinga wanita itu. Setiap saat, rasa cinta dan sayangnya semakin menggebu buat wanita yang berjaya menakluki sekeping hatinya yang sebelum ini tidak pernah ditembusi oleh mana-mana wanita. Namun dia tewas dengan Safiyah. Tewas dengan peribadi Safiyah yang sungguh lemah lembut dan berbeza dari wanita di luar sana. Sungguh menyebabkan dia tertawan dan tidak tentu arah.

"Abang buat apa dekat sini?" Tanya Safiyah sambil dagunya ditongkatkan pada dada terdedah Rayden. Manakala kedua lengannya melingkar erat di sekeliling pinggang lelaki itu.

"Saja ambil angin." Jawab Rayden tenang.

"Ouh, abang tak sejuk ke?" Tanya Safiyah lagi.

"Tak. Sayang kan ada untuk hangatkan abang." Bisik Rayden nakal.

Pap! Dada bidang Rayden ditepuk olehnya.

"Gatallah abang ni." Rungut Safiyah tidak puas hati.

Manakala Rayden hanya tersenyum sinis bersama kening yang dijongket nakal.

"Jom duduk. Sayang tak boleh berdiri lama-lama nanti lenguh." Ajak Rayden dan terus tubuh Safiyah diangkat dengan mudah olehnya. Terjerit kecil wanita itu. Mujur dia sempat berpaut pada leher Rayden. Jika tidak pasti sudah mencium lantai. Tapi kalau terjatuh sekalipun, pasti akan disambut oleh Rayden dahulu. Tak gitu?

Sebuah kerusi panjang yang sememangnya disediakan di situ didekati lalu Rayden melabuhkan punggung di situ sambil membawa Safiyah di dalam dukungannya. Tubuh tembam Safiyah diletakkan di atas ribanya dengan kedua tangannya menahan erat sisi pinggang wanita itu. Menahan Safiyah dari terjerumus ke belakang dan lehernya pula dipeluk kemas oleh wanita itu.

"Abang dah gunting rambut." Tutur Safiyah teruja. Rambut tebal Rayden yang sudah dipotong pendek kembali kepada gaya asal lelaki itu dimainkan oleh jari jemarinya yang runcing. Dan jambang-jambang hijau yang tumbuh pada sekeliling wajah yang tampan itu diusap lembut.

"Ya, abang dah gunting. Hensem tak?"

"Biasa je Fiya tengok." Balas Safiyah sambil tersengih tidak bersalah.

Pantas Rayden membulatkan matanya lalu leher putih Safiyah diserang bertalu-talu oleh bibirnya.

"HAHAHA ABANGGG!!!" Jerit Safiyah sambil tertawa geli.

"Auchhh!" Safiyah mengaduh sakit saat lehernya digigit kuat oleh Rayden sebelum lelaki itu melepaskan lehernya.

Kawasan yang sakit itu ditekup dengan telapak tangan lalu perut berotot Rayden dicubit geram olehnya.

"Aduh sakitlah sayang." Getus Rayden seraya menangkap tangan halus Safiyah. Kecil sahaja tangan itu namun cubitannya sangat berbisa.

"Abanglah mulakan dulu. Pergi gigit leher Fiya kenapa?"

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now