"Pandu kereta tu elok-elok. Jangan nak laju-laju. Fikir bini kat sebelah. Jangan kau drift pulak." Pesan Tuan Rasyidi tegas. Bukan boleh percaya sangat Rayden ni. Dulu kaki racing. Tapi bukan illegal racing. Mamat ni selalu race dekat litar sahaja.
"Ye Daddy. Ray tahulah." Balas Rayden malas.
Pakk!
"Aduh sakitlah Daddy! Suka sangat pukul kepala Ray. Mummy tengok Daddy ni. Main pukul-pukul orang pulak." Adu dia manja kepada Puan Raishah. Tubuh wanita itu dipeluk sebelum kepalanya disua untuk diusap oleh Puan Raishah.
Puan Raishah pula hanya tersenyum nipis sambil mengusap-usap lembut belakang kepala anak sulungnya itu. Manja!
"Menyampah aku! Pergi manja dengan bini kau sanalah, bukan manja dengan bini aku." Marah Tuan Rasyidi sambil bercekak pinggang.
Sibuk nak gedik-gedik dengan bini dia pulak.
Manakala Safiyah pula sedang berborak dengan Rayqal dan Raihan.
Entah apa yang mereka borakkan pun tidak pasti. Sedari tadi asyik ketawa. Adalah tu mengutuk si Rayden.
"Ingat tau kakak, pesan kitaorang ni." Tutur Raihan kepada Safiyah.
"Baik baik. Tak sabar pulak nak buat macam tu." Balas Safiyah ceria.
"Kalau nak apa-apa roger je kitaorang. Kitaorang free setiap masa." Ujar Rayqal pula. Senyuman kacak diukirkan buat kakak iparnya itu.
"Okay deal." Serentak itu mereka berlaga penumbuk namun tidak bersentuhan. Hanya sekadar melagakan penumbuk di udara. Nak mampus sentuh kakak ipar mereka. Mahu kena lenyek dengan Rayden. Tersentuh sedikit pun tidak boleh.
"Hoi! Borak apa lagi? Cepatlah masuk!" Jerit Rayden dari dalam kereta.
Safiyah segera menuju ke arah mertuanya lalu disalam tangan mereka. Tubuh Puan Raishah dipeluk dan dicium penuh sayang di bahagian pipi. Sama seperti sayangnya dia pada uminya.
"Fiya balik dulu ye Mummy, Daddy. InsyaAllah nanti ada masa Fiya datang lagi." Ujarnya lembut seraya tersenyum manis.
"Ye Mummy dan Daddy selalu tunggu Fiya. Jaga diri ye. Kalau Rayden buat hal cepat-cepat bagitahu kami. Okay?" Pesan Puan Raishah lembut.
"Okay Mummy. Fiya masuk dulu ye, assalamualaikum." Pintu kereta di bahagian duduk penumpang dibuka lalu dia melangkah masuk ke dalam perut kereta itu.
Sementara itu, Tuan Rasyidi bergerak ke tempat duduk Rayden seraya membisikkan sesuatu di telinga anak sulungnya itu.
"Prenditi cura di Safiyah. Il nemico può attaccare in qualsiasi momento." (Jaga Safiyah baik-baik. Musuh boleh menyerang bila-bila masa sahaja.)
Pesan Tuan Rasyidi di dalam bahasa Itali.
"Va bene Daddy." (Baik Daddy.) Balas Rayden yang turut bertutur dalam bahasa asing itu.
"Kitaorang gerak dulu Daddy. Bye assalamualaikum." Pamit Rayden seraya menaikkan cermin tingkap keretanya sebelum pemanduan dimulakan.
"Waalaikumussalam." Jawab Tuan Rasyidi perlahan.
Pin! Pin!
Hon dibunyikan sebaik sahaja dia melepasi pagar mewah kediaman keluarganya.
"Harapnya dapatlah kita timang cucu awal ye bang?" Ujar Puan Raishah secara tiba-tiba.
Rayqal yang mendengar kata-kata yang meniti keluar dari bibir Mummynya itu segera menyampuk.
"Takpe Mummy. Malam ni jugak Qal pergi buatkan cucu untuk Mummy. Not less than 24 hours Mummy and Daddy will get a lot of grandchildrenssss. Lagi cepat dari Ray." Ujarnya yakin. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar tracknya sambil tersenyum nakal ke arah Tuan Rasyidi dan Puan Raishah.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...