Mata dipejam rapat sebelum langkah diatur perlahan bersama ungkapan bismillah yang meniti di seulas bibir mungil bermerah jambu itu.
Dari jauh dia dapat melihat susuk tubuh tegap Rayden yang segak menggayakan suit berwarna coklat muda dan dipadankan dengan kaca mata hitam yang tersarung di kedua belah matanya.
Jejaka tersebut sedang duduk di meja yang terletak di sudut kafe itu sambil leka membaca sesuatu yang tertulis di skrin ipadnya dengan gaya yang begitu 'hot' bagi sesiapa sahaja yang memandangnya.
Safiyah dapat melihat dengan jelas banyak mata terutama gadis-gadis yang berada didalam kafe tersebut banyak kali menoleh ke arah Rayden dengan pelbagai gaya semata-mata untuk menarik perhatian CEO RR Holding tersebut. Tetapi jejaka tersebut tidak mengendahkan mata-mata yang memandangnya malah dia masih kusyuk memandang ipad di tangan.
Tetapi berbeza pula bagi Safiyah, ingin sahaja dia mengatur langkah menuju ke keretanya semula daripada berhadapan dengan jejaka dingin dan garang tersebut.
Baru sahaja dia berpusing ingin melangkah semula menuju ke pintu masuk untuk melarikan diri, tiba-tiba namanya diseru dengan agak kuat dari arah belakang sekaligus mematikan niatnya.
Jantungnya berdebar dengan sangat laju seolah-olah dia sedang dikejar oleh sesuatu. Genggaman tangan di tali sling bagnya semakin dikemaskan apabila rongga hidungnya mengesan bau perfume lelaki yang sedang berdiri rapat di belakang tubuhnya. Terasa hembusan nafas hangat jejaka tersebut di sebalik lehernya walaupun ianya berlapikkan sehelai tudung bawal berwarna coklat muda.
'Macam mana dia boleh perasan aku? Bukan ke tadi dia tunduk je pandang ipad dia. Aduh tak sempat pula nak lari.' Safiyah menggigit kuat bibir bawahnya.
Jejaka yang sedang berdiri di belakang Safiyah hanya tersenyum sinis apabila gadis yang memakai pakaian yang senada dengan warna suit nya itu hanya mengeraskan diri di tempat dia berdiri.
'Berjodoh pula kita ye sayang.'Getus hati Rayden.
"Kenapa patah balik ni? Tak nak berbincang dekat sini ke hurm? Atau nak berbincang dekat hotel? Kalau dekat hotel aku on je, lagi privasi." Bisik Rayden perlahan sambil meniup telinga Safiyah yang ditutup oleh tudung yang disarung cantik di kepalanya.
Hati Rayden terusik melihat tubuh Safiyah yang tersentak dan tangan putih mulus itu yang semakin menggenggam erat tali sling bag yang tergantung di bahu gadis itu apabila Rayden melakukan itu.
Safiyah yang mula berasa tidak selesa dengan keadaan mereka itu lantas memusingkan tubuhnya menghadap Rayden dan mengatur dua langkah ke belakang untuk menjarakkan tubuh mereka yang boleh dikatakan tersangatlah rapat.
Sudahlah mereka berada di dalam kafe dimana terdapat ramai pelanggan didalamnya dan Rayden pula senang-senang sahaja memperlakukan dirinya seperti itu.
"Saya tak ada masa nak main-main dengan encik dan tolong jangan buat macam tu lagi. Encik ingat saya ni hamak sangat ke nak masuk hotel berdua dengan encik?" Jawab Safiyah bersama muka yang garang sambil mendongak memandang Rayden yang jauh lebih tinggi dari dirinya yang hanya paras dada lelaki itu.
Namun wajah garang tersebut kelihatan sangat comel dan manis pada pandangan Rayden.
Bibirnya menyungginggkan senyuman sinis sebelum jarak antara dia dan Safiyah dirapatkan semula.
"Ouh kalau tak hamak nak masuk hotel berdua dengan aku, jadi silalah jalan dengan segera menuju ketempat duduk kita. Ke kau nak aku dukung kau pergi sana?" Soal Rayden perlahan sambil tersenyum nakal ke arah Safiyah.
Safiyah yang semakin geram dan geli dengan tutur kata jejaka di hadapannya itu, segera kaki dituju kearah tempat yang diduduki oleh Rayden tadi bersama muka yang memerah menahan geram dan amarah.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...