💘BAB - 1

55.7K 1.3K 60
                                    

~Fire..ssak da bultaewora bow wow wow~

"Ishhh bts ni kang pagi-pagi dah kejut aku nasib lah hensem." Lantas telefon bimbit yang berbunyi alarm bts itu segera dicapai dan punat on ditepi telefon berjenama Oppo F7 itu ditekan untuk melihat waktu yang tertera.

"Ermm malasnya hari ni dah monday huwarghh kerja huwarghh." Lantas Safiyah Delaila turun dari katil dengan langkah yang perlahan sambil menguap besar dan bergerak menuju ke tandas yang berada di dapur untuk membersihkan diri.

"Woii orang kat dalam mandi cepat sikit ye orang kat luar nak mandi jugak ni." Usik Safiyah sambil mengetuk pintu tandas.

Orang yang dekat dalam tandas tu ialah housemate Safiyah a.k.a bff sampai syurga dia iaitu Fatimah or nama glamor dia Fetty.

"Sabarlah orang dekat luar tu orang dekat dalam ni baru je masuk hahaha...~lalala ehem andai bintang kan tak lagi berseri janji kasih yang takkan terkhianati..sambung oi orang dekat luar sana tu." Jerit Fetty dari dalam tandas sambil mengekek ketawa.

"Ehem andai habis nafasku yang terakhir masih ku tunggu kerna kau tak habis mandi lagi..hahahaha cepatlah Fetty aku nak mandi wangi-wangi ni mana tahu kot-kot terjumpa bakal imam aku ke harini." Sambung Safiyah dari luar tandas sambil ketawa mendengar nyanyian Fetty yang agak vokal bukan sekadar rupa sebab apa si Fetty ni vokal teruk tapi rupa helok.

"Hahahaha teruknya lahai lirik mu ni..sekejap lah macam tak biasa lambat-lambat." Lantas lagu tadi disambung oleh Fetty dengan suaranya yang kuat.

Tergeleng kecil kepala Safiyah dengan perangai tak semenggah sahabatnya yang dari kecil itu. Mereka berdua bersahabat dari umur 5 tahun dan menetap di kampung yang sama di Johor Bahru.

Masing-masing sudah berusia 25 tahun dan mempunyai pekerjaan masing-masing. Safiyah merupakan seorang pemilik tadika yang dibukanya sejak setahun yang lalu dan Fetty pula seorang pemilik kedai tudung. Mereka berdua tinggal di sebuah rumah sewa yang sama di ibu negara.

Klakk..

Pintu tandas terbuka dan muncul Fetty dengan tuala yang terlilit di atas kepalanya sambil tersengih memandang Safiyah.

"Dah ah kau ni lambat mereput aku tunggu.. dah tepi." Lantas Safiyah menonong masuk ke dalam tandas.

"Halah dia ni kang kau mandi lagi lambat la weh!" Jerit Fetty yang geram dengan Safiyah yang mengekek mengetawakan dia dari dalam tandas.


"Fiya tolong hantarkan aku pergi kedai aku boleh tak? Kereta aku rosak tak boleh start ni aduhh..please my kind hearted bff.. please help your pretty friend ni." Fetty memandang comel ke arah Safiyah dengan tangan yang sibuk memulas kunci kereta Perodua Axia miliknya itu.

"Eee kau ni aku pun dah lambat dah ni nak bukak tadika tu lagi..haih nasib bff kalau tak memang tak lah aku nak tolong.. cepatlah naik kang aku tinggal nanti baru tahu." Omel Safiyah sambil menghidupkan enjin kereta Myvi miliknya itu.

"Yeayy kaulah sahabat sejatiku Fiya." Dengan senyuman yang lebar Fetty melangkah masuk ke bahagian penumpang kereta Safiyah sambil tangan sibuk memasang tali pinggang keledar.

"Thanks beb hantar aku..elok-elok drive.. jangan buat hal..jangan lampu merah kau langgar tapi lampu hijau kau jalan pula..memang kena smackdown dengan aku nanti hahahaha..bye Fiya love you beb." Pesan Fetty seraya menutup pintu kereta milik Safiyah.

"Iye aku tahulah..takkan aku nak buat macam tu ni Safiyah okay pemandu paling berhemah di atas jalan raya tau..okay beb aku dah lambat bye muah." Lantas kereta Myvi putih miliknya bertolak meninggalkan kawasan kedai sahabatnya itu.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now