Rokok yang dikepit diantara jari telunjuk dan jari hantunya itu dibawa ke bibir lalu disedut sedalam-dalamnya. Berkepul-kepul asap putih yang keluar dari rongga hidung dan mulutnya tatkala dia menghembuskan nafas.
Kedinginan pada malam itu sedikit pun tidak menjejaskan tubuh kekarnya yang hanya dibaluti dengan sehelai tuala yang dililit dipinggang sehingga ke paras lutut. Rambut hitam yang sedikit berserabai itu turut beralun lembut mengikut arah angin yang meniupnya.
Belakang badan sasanya disandar tenang pada penghadang balkoni itu sambil rokok yang sudah hampir separuh itu disedut bersama kepala yang mendongak ke atas.
Iphone miliknya yang terletak di atas sebuah meja kaca berdekatan dengannya dicapai dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi yang masih terbebas mengepit rokok yang sudah hampir habis itu.
Perlahan sudut bibirnya terjungkit naik apabila beberapa keping gambar yang dihantar oleh Nufail pada siang tadi direnung dan diusap wajah gadis yang sering mengganggu tidur malamnya sejak kali pertama mereka bertemu.
"Cantik."
Hanya itu yang mampu diungkapkannya pada gambar-gambar yang dihantar kepadanya itu. Bukan setakat gambar sahaja yang cantik tetapi wajah yang menghiasi gambar itu yang menjadikan gambar itu semakin cantik. Meskipun gambar itu diambil dari jarak yang jauh, tetapi wajah sang gadis seakan-akan tidak terjejas malah kelihatan lebih cantik, manis dan menawan.
Wajah yang sedang tersenyum, ketawa dan sedang bermasam muka itulah yang sering bermain di fikirannya sebelum dia lena diulit mimpi.
Tidak pernah sekalipun terdetik di hati dan di fikiran Rayden yang dia akan menyesal mengenali gadis itu. Bagi lelaki yang tidak pernah bercinta sepertinya, mengenali dan bakal mengahwini gadis seperti Safiyah adalah merupakan satu anugerah terindah buat dirinya. Tidak akan disia-siakan bidadari yang dikirimkan buatnya.
Bahkan dia sudah berjanji dengan dirinya sendiri bahawa dia akan menjaga dan melindungi Safiyah dari sebarang bahaya termasuk ancaman dari musuh-musuhnya. Gadis itu ialah jiwanya. Jika jiwanya terluka maka dia juga akan turut terluka.
Namun senyuman di bibir lesap serta merta apabila dia teringat akan perkara yang disampaikan oleh Nufail padanya sebentar tadi.
"Heh. Aku takkan biarkan kau dapat bidadari aku, Syah. Because what's mine is mine forever." Gumamnya perlahan lalu rokok yang tersisa itu disedut sehingga habis lalu sisa putung yang dicucuh api itu ditenyeh ke dalam ashtray.
Syah.
Musuhnya yang selalu mencuba untuk menghapuskan dan menjatuhkannya dari setiap sudut yang dimilikinya. Perniagaannya, dunia mafianya dan kini jejaka bernama Syah itu mahu merampas gadisnya pula.
Tch. That will never happen.
Rayden memusingkan tubuh menghadap kehadapan lalu kedua lengannya diletakkan di atas besi penghadang balkoni itu bersama jari yang lincah menaip sesuatu di papan kekunci Iphonenya.
(+) Uitt, awek.
Satu pesanan ringkas di hantar kepada Safiyah bagi melepaskan rindu kepada gadis itu.
Terjungkit sudut bibirnya apabila melihat gadis itu yang terus online setelah dia menghantar pesanan penuh 'sopan' itu.
Tidak perlu menunggu lama, sekejap sahaja dua garis tick berwarna kelabu di mesejnya itu sudah bertukar menjadi warna biru menandakan gadis itu sudah membaca mesejnya.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...