"Abang..." Panggil Safiyah lembut.
Rayden yang sedang asyik menghidu haruman pada rambut Safiyah hanya bergumam perlahan. Ketika ini mereka sedang berbaring di atas katil dimana kepala Safiyah berlapikkan lengan sasa Rayden sambil pinggang lelaki itu dipeluk erat dan belakang tubuhnya yang terdedah itu dielus lembut oleh Rayden.
Peluh pada dahi Safiyah dikesat lembut dengan tapak tangan sebelum dia menunduk memandang wajah manis itu. "Kenapa?" Soalnya ringkas.
Duvet yang melorot jatuh dari tubuh terdedah Safiyah ditarik naik sambil tangannya beralih mengusap lembut perut wanita itu.
"Fiya nak tanya boleh?"
"Hmm." Balas Rayden seraya mengangkat sedikit tubuh langsing Safiyah agar menindih tubuh sasanya.
"Kawan-kawan abang pun sama macam abang jugak ke?"
"Sama macam mana tu?" Soal Rayden sengaja berpura-pura tidak faham dengan soalan itu.
"Mafia?"
Rayden tersenyum nipis lalu bibir munggil Safiyah yang sedikit membengkak itu dikucup lembut.
"Sakit..." Adu Safiyah perlahan apabila bibir Rayden bertemu dengan bibirnya.
Bibir Safiyah diusap lembut dengan ibu jarinya. Dia tersenyum sinis mengenangkan aktiviti panas mereka sebentar tadi. Safiyah betul-betul pandai dalam melayani kehendaknya yang satu itu.
"Nanti abang sapu ubat, okay?" Balasnya ringkas.
"Okay, cepatlah cerita abang." Gesa Safiyah.
Sudut bibir Rayden terjungkit sedikit. "Yes, diaorang semua pun mafia sama macam abang cuma abang ketua diorang. Ada soalan lagi?"
"Ada. Dah lama ke abang jadi mafia?"
"Sejak abang umur 18 tahun. Abang ambil alih tempat Daddy masa tu."
"Daddy pun mafia jugak ke?" Soal Safiyah yang jelas terkejut.
"Ya sayang, Daddy, Rayqal, Raihan, Alan, Fakhrul dan Nufail diorang semua mafia."
Safiyah melopong luas. Patutlah mereka semua mempunyai aura yang berbeza bila berada dekat dengan lelaki-lelaki itu. Termasuklah Tuan Rasyidi.
"Abang selalu bunuh orang ke?" Soal Safiyah lagi.
"Taklah jugak cuma abang membunuh bila diserang dan kalau ada orang cuba ganggu sesuatu hak milik abang." Sepasang mata bundar Safiyah direnung redup sambil rambut panjang isterinya itu diselitkan pada belakang telinga wanita itu.
"Ganggu hak milik abang Maksudnya?" Soal Safiyah yang tidak mengerti.
Rayden tersenyum sinis seraya menarik rapat tubuh Safiyah sehingga melekap erat pada tubuh sasanya. Pinggang ramping wanita itu dipeluk erat. "Sayanglah hak milik abang. Abang tak suka kalau orang sentuh apa yang abang miliki lagi-lagi isteri abang. Apa yang ada dekat sayang semua milik abang. Jiwa, cinta, dan tubuh sayang hanya untuk abang seorang. Faham?"
"Faham abang." Balas Safiyah perlahan. Dagunya ditongkatkan pada dada bidang suaminya itu sambil kepalanya mendongak memandang wajah tampan Rayden.
"Good. Ada nak tanya lagi ke? Cepat sebelum kita sambung 'hal' tadi."
Pap!
Dada bidang Rayden ditampar geram. Apa lelaki itu tidak puas lagi? Fikir dia robot ke tak penat? Rayden hanya tertawa jahat. Sedikitpun tidak terkesan tamparan lembut itu pada dadanya yang keras.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...