💘BAB - 50

30.3K 920 113
                                    

"Kak Fiya okay ke ni?"

Nina mengusap-usap lembut belakang tubuh Safiyah yang sedang terbongkok di hadapan sinki. Sejak tengahari tadi wanita itu hanya muntah dan mengadu pening. Hari pertama masuk kerja dia sudah berasa tidak sedap badan. 

Safiyah hanya mengangguk lemah dan berpaut pada sinki di hadapannya. Kepalanya terasa sangat berat dan berdenyut. Segala apa yang dia makan tadi terasa seperti mahu dikeluarkan kembali.

"Akak balik dululah kalau sakit macam ni. Nina risaulah tengok akak muntah-muntah macam ni." Gadis itu memapah perlahan tubuh Safiyah dan didudukkan di atas kerusi di dalam pejabat kecil Safiyah.

"Tak apa, akak okay je Nina. Mungkin akak salah makan. Nina jangan risau okay?" Safiyah tersenyum lemah ke arah Nina. 

"Tapi dari tengahari tadi akak tak berhenti muntah. Muka akak pun dah pucat. Macam mana Nina tak risau?" Gadis itu mengurut perlahan lengan Safiyah. Sudah dianggap Safiyah seperti kakak kandungnya.

"Kalau akak balik, tadika ni macam mana? Sudahlah akak lama tak masuk kerja. Rasa bersalah sangat-sangat tengok Nina dengan yang lain-lain uruskan semua ni tanpa akak." Tangan kecil Nina yang mengurut lembut lengannya dipegang. Dia juga sudah menganggap gadis muda ini seperti adik kandungnya sendiri.

"Akak, selagi Nina dan akak-akak yang lain ada dekat sini, selagi itulah kitaorang akan bantu apa yang boleh. Akak tak perlu risaukan kami dekat sini. Ni ha diri akak ni. Sampai pucat muka akak. Akak kena sihat dulu baru boleh fikirkan pasal tadika ni semula." 

"Betul cakap Nina tu Fiya, kalau Fiya tak sihat macam mana Fiya nak kerja?" Tegur Kak Ayu yang baru melangkah masuk bersama segelas air masak untuk diberikan kepada Safiyah.

Namun wanita lingkungan 30-an tersebut merasa sesuatu yang pelik pada Safiyah.

"Terima kasih Kak Ayu, bawakkan Fiya air."

Kak Ayu tersenyum nipis. "Sama-sama. Fiya, akak nak tanya sikit ni boleh?" Soal wanita itu lembut.

Safiyah yang sedang meneguk air segera meletakkan gelas tersebut di atas meja semula dan kini perhatiannya tertumpu ke arah Kak Ayu yang sedang duduk di sebelahnya.

Bersama senyuman yang lemah dia menjawab. "Boleh. Kak Ayu nak tanya apa tu?"

"Maaf kalau soalan akak ni buatkan Fiya tak selesa sedikit tapi akak nak tanya bulan ni Fiya dah period ke belum?" 

Berkerut dahi Safiyah apabila diaju soalan sebegitu. Wajahnya juga sedikit berbahang kerana diaju soalan yang agak privasi sedikit meskpun mereka sama-sama perempuan.

"Ermm belum lagi Kak Ayu. Kenapa Kak Ayu tanya?" Soalnya pelik.

"Akak bukan apa, akak tengok Fiya makin berisi. Wajah Fiya pun semakin berseri-seri dah macam seri ibu mengandung." Terang Kak Ayu.

"Ishh akak ni. Awal lagilah Fiya nak mengandung pun. Fiya rasa badan Fiya macam biasa saja kak." 

Mengandung? Usia perkahwinan mereka pun masih belum cukup sebulan. Masih awal lagi untuk dia mengandung. Namun jika difikirkan kembali, sudah banyak kali Rayden 'menyentuhnya' dan boleh dikatakan hampir setiap hari. Siang dan malam lelaki itu 'menyentuhnya.'

"Akak dulu pun sama macam Fiya, pening, muntah macam ni lepastu pergi check doktor, rupanya akak mengandung." 

Safiyah mengemam erat bibirnya bersama perasaan yang berdebar. 

"Betul ke akak?" Soalnya lagi.

"Betul, tapi masa tu baru tiga bulan akak dengan suami berkahwin. Tapi ada juga yang mengandung awal, kadang-kadang baru dua minggu berkahwin dah mengandung." Jelas wanita itu lagi.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now