Sekejap sahaja masa yang dirasakan berlalu. Tidak menyangka dari detik pertemuan pertama mereka yang bermula kerana perlanggaran yang kecil tanpa disengajakan akan mengikat mereka sehingga ke alam perkahwinan.
Safiyah yang kelihatan sangat manis dan cantik didalam busana pengantin putih yang tersarung elok di tubuh kecilnya sedang duduk bersimpuh penuh ayu menghadap belakang tubuh Rayden yang juga segak memakai baju melayu berwarna sedondon dengannya.
Jejaka itu sedang tenang duduk bersila menghadap Encik Azman yang akan mewalikan Safiyah pada hari yang penuh bermakna itu.
Debaran di dada semakin hebat dirasakan tatkala Encik Azman sudah sedia menghulurkan tangan kepada Rayden.
Rayden juga turut tenang menyambut huluran itu walaupun dia juga turut tidak lari dari merasakan debaran yang semakin menggila di dadanya.
Dalam masa beberapa saat sahaja lagi statusnya bakal berubah dan dia bakal menggalas satu tangunggjawab yang besar dalam hidupnya.
"Boleh mulakan?" Suara Encik Azman memecahkan suasana yang penuh mendebarkan itu.
"Boleh." Jawab Rayden tenang diikuti dengan anggukan dari beberapa tetamu dan saksi yang hadir.
"Rayden Rafiqi Zachary Bin Rasyidi Riyad Zander."
"Ya saya." Sahut Rayden dengan penuh yakin dan tenang tatkala nama penuhnya disebut oleh bakal bapa mertuanya itu.
"Aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan dikau dengan puteriku, Nurul Safiyah Delaila Binti Mohd Azman dengan mas kahwinnya 800 ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Nurul Safiyah Delaila Binti Mohd Azman dengan mas kahwinnya 800 ringgit tunai."
"Sah?"
"Sah." Jawab Tuan Rasyidi serta sahabat-sahabat Rayden dan diikuti oleh beberapa saksi yang duduk berhampiran.
"Alhamdulillah." Encik Azman memanjatkan kesyukuran bersama sebuah senyuman yang gembira sebelum tangan diangkat untuk bacaan doa.
Safiyah yang sedari tadi menahan air matanya dari mengalir akhirnya tumpah jua setelah dia sudah sah bergelar seorang isteri kepada lelaki bernama Rayden Rafiqi Zachary.
Kini dia bukan lagi di bawah tanggunggjawab umi dan abahnya, tetapi kini dia sudah sepenuhnya dibawah jagaan dan tanggungjawab Rayden.
Sedang asyik dia melayan perasaan, tanpa dia sedar Rayden kini sudah tiba di hadapannya.
Wajah lelaki itu sangat tenang persis air yang mengalir tenang tanpa halangan. Rayden kelihatan sangat berbeza dan sangat tampan bersama sehelai baju melayu putih yang tersarung kemas di tubuh tegapnya. Songkok di kepala juga menyerlahkan lagi kekacakan jejaka berdarah Melayu-Itali itu.
Terdengar banyak suara yang memuji ketampanannya dari segenap ruang. Terutama sekali gadis-gadis kampung dan saudara mara Safiyah yang terpegun dan tergamam melihat jejaka itu. Fetty yang bersimpuh di sebelah Safiyah juga turut tidak terlepas dari mengagumi suami sahabatnya itu tanpa dia sedar akan sepasang mata biru milik Alan sedang merenung tajam kearahnya dari kejauhan.
Hoho! Habislah Fetty! Ada orang marah!
Tetapi Rayden tetap Rayden. Segala bisikan dan tatapan teruja terhadap dirinya hanya dibiarkan seperti angin lalu kerana pandangan dan fikirannya kini lebih tertumpu kepada isteri yang baru sahaja dinikahinya sebentar tadi.
Dagu runcing Safiyah ditolak lembut keatas dengan jari telunjuknya dan air mata yang mengalir di kedua belah pipi mulus itu diseka lembut serta penuh berhati-hati seolah-olah jika dia terkasar sedikit akan meranapkan keindahan ciptaan Allah itu.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...