💘BAB - 16

28.9K 1K 46
                                    

Cincin yang tersarung di jari manisnya direnung dan diusap perlahan. Kini, dia sudah memegang gelaran tunang kepada seorang jutawan muda Malaysia.

Dia fikirkan keluarga Rayden hanya datang mahu berbincang tetapi lain pula jadinya apabila mereka berdua ditunangkan. Memang sukar dijangka betul keluarga Rayden ini. Sama sahaja seperti Rayden.

Unpredictable.

Cincin yang dia pakai juga merupakan cincin pertunangan milik Puan Raishah dahulu. Pada mulanya dia fikirkan cincin itu tidak akan muat dengan jarinya namun apabila disarungkan oleh Mummy Rayden, ternyata ianya muat dengan jarinya. Tidak longgar dan tidak ketat. Muat-muat sahaja. Just nice.

Walaupun ianya sudah lama tetapi ukiran cincin tersebut masih lagi cantik dan nampak seperti baru kerana Puan Raishah menyimpannya dengan baik.

Simple sahaja cara mereka bertunang. Tanya setuju ke tidak, sarung cincin, makan-makan lepastu keluarga Rayden pun pulang ke Kuala Lumpur semula selepas menunaikan solat Asar sebentar tadi.

Yang tinggal hanya mamat gila tu je dekat sini. Terpaksalah dia menjaga kelakuan sepanjang Rayden berada di sini. Kang nanti tunjuk perangai tak senonoh dia bimbang pula jejaka tersebut dikejarkan ke hospital kerana diserang terkejut yang melampau.

Jika diikutkan hati, hendak sahaja dia menyumbat lelaki itu ke dalam bonet kereta Tuan Rasyidi agar ikut pulang sama. Tetapi apakan daya tak pasal-pasal nanti dia pula yang disumbat ke dalam bonet kereta.

Jujur, dia tidak pernah terfikir untuk dijodohkan dengan seseorang yang bergelar jutawan.

Sebaliknya, dia mengimpikan yang dia akan berkahwin dengan lelaki yang dia cintai bukan dengan lelaki yang dia masih baru kenal yang tiada perasaan sayang apatah lagi cinta dalam diri mereka. Tetapi, dia harus redha dan terima dengan takdir hidupnya. Siapa tahu mungkin mereka akan menjadi pasangan paling bahagia kelak? Dia hanya mampu berdoa agar pilihan ini yang terbaik dalam hidupnya.

Sedang dia asyik dengan dunianya sendiri, tiba-tiba dia terasa telinga kanannya seperti ditiup seseorang. Segera kepala ditoleh menghadap si pengacau yang telah menganggu ketenteramannya.

"Awak ni dah kenapa main tiup-tiup telinga orang pula! Pergi tiup telinga sendirilah! Ishh mengacau je." Telinga yang dilindungi dengan tudung bawal hitam itu digosok-gosok dengan mulut yang memuncung.

"Aku kalau tiup telinga sendiri takut kau pengsan la pula tengok mulut aku berpusing 360 darjah." Ujar Rayden lalu melabuhkan punggung di sebelah Safiyah yang sedang duduk di atas sebuah pangkin dibawah pokok hadapan rumah.

Melihat bibir Safiyah yang sedang terkumat kamit memarahinya segera tangan dibawa mencubit bibir merah jambu itu.

Safiyah yang terkejut segera menepis kuat tangan Rayden.

"Sakitlah! Awak ni dah kenapa?! Tahu tak yang kita ni bukan muhrim! Jangan nak sentuh-sentuh boleh tak? Pergi main sanalah jangan nak dekat-dekat dengan saya!" Bibirnya dilap kasar dengan menggunakan hujung lengan baju yang dipakai.

Bengong punya CEO!
Dia ingat aku ni bini dia ke nak pegang-pegang bagai!

Elak aku kakikan je mamat gila ni.

'Sabar Fiya sabar, jangan membunuh sesungguhnya membunuh itu berdosa. Jadi banyakkan bersabar Fiya.' Geram dia dengan sikap Rayden yang suka menyentuhnya sesuka hati.

"Aku tak nak main kat sana. Aku nak main kat sini dengan kau." Bisik Rayden seraya merapatkan kedudukannya dengan Safiyah.

"Nak main apa bendanya? Ada nampak saya main game ke kat sini? Tak de kan?"

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now