💘BAB - 18

29.2K 1K 72
                                    

"Terima kasih sebab dah selamatkan kawan saya. Kalau awak tak ada saya tak tahu apa jadi dekat dia nanti."

Safiyah yang ketika itu baru sahaja sampai ke rumah sewanya dikejutkan dengan berita dari Rayden bahawa Fetty telah dikejarkan ke hospital. Segera dia meminta Rayden membawanya ke hospital tersebut. Setibanya di hospital dia melihat Alan sedang duduk bersandar dengan mata yang terpejam rapat menunggu Fetty yang masih dirawat didalam wad kecemasan.

Safiyah bersyukur kerana Alan sempat menyelamatkan sahabatnya yang satu itu dari menjadi mangsa perompak-perompak tersebut.

"No problem dear, she's my sweetheart of course I will safe her no matter what. I'm glad that I found her earlier before anything bad happen to her." Balas Alan lembut.

Sebenarnya, kebetulan Alan juga berada dikawasan tersebut. Dia yang sedang bersiul-siul kecil itu tersentak apabila mendengar sayup-sayup suara tangisan perempuan dan suara lelaki. Namun, dia endahkan sahaja mungkin hal rumahtangga orang. Jadi, lebih baik dia tidak masuk campur. Tetapi, langkahnya terhenti apabila dia terfikir yang tidak mungkin pasangan suami isteri akan bergaduh didalam lorong yang gelap. Selalu bergaduh dekat rumah ataupun di dalam bilik fikirnya. Lalu dengan segera dia melangkah kearah suara-suara tersebut untuk melihat apa yang terjadi.

Setibanya dia di tempat tersebut matanya membuntang luas melihat tubuh seorang wanita yang ditindih oleh seorang lelaki dan kaki wanita itu pula dipegang oleh seorang lagi lelaki.

Ini bukan kes rumahtangga orang, ini dah jadi kes cubaan merogol.

Dia yang pantang melihat kaum wanita disakiti dengan segera melajukan langkah untuk membantu namun apa yang paling mengejutkan dia ialah wanita yang ditindih itu ialah gadis idamannya, Fatimah Aqilah.

Dengan perasaan yang penuh amarah dia segera menarik tubuh lelaki yang menindih gadisnya itu lalu dibelasahnya tanpa belas kasihan dan kedua-dua perompak itu dibunuh dengan amarah yang membuak-buak.

Sekarang mayat kedua bangsat itu telah dibawa ke markas dan dicincang lumat oleh anak-anak buahnya lalu diberi kepada 'Leo' sebagai santapan.

Tidak dapat dia bayangkan jika bangsat-bangsat tersebut sempat meratah tubuh gadisnya. Jika perkara itu terjadi dia akan memastikan ahli keluarga perompak-perompak itu turut mendapat nasib yang sama seperti gadisnya dan mungkin lebih teruk lagi balasannya. 

Sepanjang perjalanan ke hospital milik rakannya dia merasa sangat gelisah dan bimbang.Hatinya seakan-akan remuk melihat keadaan Fetty yang terkulai itu. Tidak pernah dia merasa risau dan gelisah sebegitu rupa hanya kerana seorang perempuan kecuali Mamanya dan gadis yang berjaya mencuit hatinya, Fatimah Aqilah.

Seketika muncul seorang lelaki kacak yang memakai jubah doktor dari arah wad kecemasan yang menempatkan Fetty.

Jejaka yang sama ketinggiannya dengan Rayden dan Alan itu hanya tersenyum manis sambil berjalan menuju ke arah mereka.

"Macam mana dengan dia? Dia okay ke tak? Dah boleh masuk tengok ke? Janganlah sengih je setan! Cakaplah cepat!" Terjah Alan sebaik sahaja jejaka berjubah doktor itu tiba di hadapan mereka bertiga.

"Woo, woo relax dude, kalau aku senyum tu elok je lah makwe kau tu. Cuma ada luka dan lebam sikit dekat bahagian muka dia. Nanti aku pindahkan dia ke bilik khas untuk pemantauan pihak hospital sebab selalunya kes-kes macam ni mangsa akan mengalami trauma selepas sedar." Jelas doktor kacak bernama Noah tersebut. 

"Thanks bro." Balas Alan sepatah sambil menghembus nafas lega.

Nasib baik kecederaan gadis itu hanya sedikit sahaja namun dia sedikit bimbang jika gadis itu akan trauma. Mahukah gadis itu melihatnya? Kerana kebiasaannya jika orang yang trauma ini mereka takut jika ada orang yang cuba mendekati dan menyentuh mereka walaupun ahli keluarga sendiri lagi-lagi apabila mangsa itu ialah seorang perempuan.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now