💘BAB - 47

29.8K 908 229
                                    

Jam di tangan ditilik buat kesekian kalinya. Fetty merenung ke luar butiknya bersama wajah yang sugul. Tadi Alan kata mahu datang menjemputnya pada pukul 5 tetapi sekarang hampir pukul 7 pun masih belum kelihatan kelibat jejaka Inggeris itu.

Sudahlah hari ini hari pertama period nya. Mahu menangis dia cuba menahan rasa sakit senggugut yang datang. Jika ikutkan hati mahu sahaja dia menumpang staf-stafnya tadi pulang bersama. Menyesal dia menolak tawaran mereka. Tidak tahu Alan akan lambat sebegini.

Wajahnya juga sudah bertukar pucat. Tidak betah menunggu kekasihnya itu, lantas telefon bimbitnya dicapai lalu aplikasi grab car dibuka dan kenderaan yang berada berdekatan dengan butiknya dicari.

Selesai sahaja menempah kereta, segala barang peribadinya dicapai lalu suis lampu ditutup. Pintu butiknya dikunci dan dipastikan semua sudah tertutup dan dikunci, lantas dia menunggu grab yang ditempahnya di luar butik.

Perut yang semakin sakit dipegang sambil bibirnya diketap kuat. Sakit! Kepalanya juga turut sakit dan berdenyut hebat.

Air matanya yang turut mengalir diseka segera. Sakit dan dalam masa yang sama kecewa dengan Alan. Dia boleh menunggu asalkan maklumkan kepada dia terlebih dahulu. Berpuluh mesej dihantar kepada jejaka itu namun satu pun tiada balasan dan tidak dibaca oleh Alan. Malah panggilannya juga tidak diangkat.

Dalam keadaan begini memang mudah dia menangis dan beremosi.

Hampir 5 minit menunggu akhirnya Proton Saga berwarna merah yang ditempahnya tadi sudah tiba.

Rasa sakitnya cuba dikawal dan dia melangkah menuju ke grab car tersebut.

Namun belum sempat tangannya mahu membuka pintu kereta itu, tiba-tiba ada tangan asing yang menarik lengannya menjauhi grab car itu.

Hampir dia terjerit sebentar tadi tetapi melihat gerangan yang menarik lengannya membuatkan perasaan marahnya timbul secara tiba-tiba. Lantas lengannya yang berlapik dengan blouse biru muda yang dipakainya ditarik kasar dari genggaman Alan.

"Sweetheart, you nak pergi mana?" Soal Alan hairan.

"Balik." Jawab Fetty ringkas namun dingin.

Tanpa menghiraukan Alan, dia membuka kembali pintu kereta tersebut namun Alan sempat menahan pintu itu dari terbuka.

Pemandu grab berbangsa Cina yang sudah separuh usia itu hanya memandang hairan ke arah pasangan tersebut dengan mata yang terkebil-kebil.

Aiyooo ini mau main bukak tutup pintu ka? Losak keleta gua nanti ma.

"No! Siapa benarkan sweetheart balik sendiri?" Alan merenung wajah pucat Fetty. Hatinya menjadi gundah melihat keadaan Fetty ketika itu.

Fetty tergelak sinis lalu memandang tajam ke arah Alan.

"Awak janji dekat saya pukul berapa? Dan sekarang awak sampai pukul berapa?! Apa fungsi pakai jam mewah-mewah tapi tak reti nak tengok waktu?!" Herdik Fetty lantang.

Alan hanya mampu terdiam melihat amukan gadis itu. Ya, dia tahu dia salah. Memang salah dia. Ada sedikit masalah yang berlaku di hotelnya sebentar tadi dan dia terlupa mahu memaklumkan kepada Fetty yang dia mungkin akan terlewat sedikit dan telefonnya diletakkan pada mode silent. Dan sebaik sahaja dia menyelesaikan kerjanya dia bergegas menuju ke sini dan ketika dia mahu menelefon gadis itu telefonnya pula terpadam kerana kehabisan bateri. Memecut dia memandu keretanya ke sini kerana risau akan keadaan kekasih hatinya itu.

Hatinya disalut dengan rasa bersalah yang tinggi terhadap gadis itu.

Dia cuba meraih lagi lengan kecil itu namun ditepis kasar oleh Fetty.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now