💘BAB - 22

29.7K 1K 127
                                    

Butik pengantin mewah yang tersergam indah itu dipandang dengan mata yang membulat besar.

Butik pengantin yang dihadapannya ini merupakan salah satu butik yang menerima tempahan dan menjual busana-busana pengantin dengan harga yang sangat mahal. Hanya golongan yang berada seperti orang kenamaan dan golongan artis sahaja yang membuat tempahan di butik itu.

Sassy Luton Wedding House.

Rayden yang sedang menanggalkan tali leher disebelahnya di pandang bersama riak wajah yang gusar.

Terasa dirinya diperhatikan lantas Rayden menoleh memandang sang pemerhati itu.

Haih ada aku cium jugak budak ni karang. Pandang-pandang. Aku pandang balik kang tahu pulak nak malu. Macamlah aku ni tak malu bila kena pandang macam tu.

"Apa?" Soalnya sepatah sebelum wallet dan telefon bimbitnya dicapai.

"Betul ke kita nak beli baju dekat sini? Awak tak main-main kan?" Butik dan Rayden dipandang bersilih ganti.

Rayden menghela nafas panjang sebelum tubuh tegapnya dipusing menghadap wajah cantik Safiyah.

Ya, dia akui gadis itu memiliki rupa paras yang sangat cantik, lembut dan ayu. Menatap seraut wajah yang putih kemerahan itu mampu menerbangkan segala kepenatan dan masalah yang dihadapinya di tempat kerja. Dia beruntung memiliki gadis ini. Gadis yang tahu menjaga maruah diri sebagai seorang perempuan. Disentuh dan diusik sedikit pun sudah mula menyinga. Jika perempuan lain sudah tentu tertadah-tadah mahu disentuhnya.

"Pandang muka aku ni sekarang." Ujar Rayden sambil mendekatkan wajahnya dengan wajah ayu Safiyah. Ekspresi mukanya sengaja didinginkan.

Safiyah mengerutkan dahinya apabila mendengar arahan pelik Rayden itu. Namun matanya tetap juga menyorot memandang wajah kacak Rayden.

"K-kenapa kena pandang muka awak?"

"Ada nampak macam muka aku ni tengah main-main tak?"

"T-ttak." Jawab Safiyah sepatah. Mahu sesak dibuatnya apabila terpaksa memandang wajah tampan itu lagi. Sudahlah kacak duduk pulak dekat-dekat begini. Semakin tak betah Safiyah dibuatnya.

"Tak kan? So, tunggu apa lagi? Turun lah!" Bentak Rayden kasar lalu pintu di bahagian tempat duduknya dibuka luas dan dua melangkah keluar dengan penuh bergaya. Tidak lupa juga kaca mata hitam yang setia menemani sepasang matanya.

Safiyah yang akur itu turut membuka perlahan pintu kereta tempat duduknya dan melangkah keluar.

Rayden menekan punat lock di kunci keretanya sebelum dimasukkan ke poket dan dia berjalan mendahului Safiyah yang masih tercegat memandang tindak-tanduknya.

Safiyah yang sudah melihat Rayden telah melangkah jauh dihadapan segera kakinya diatur pantas mengikut jejak langkah yang panjang dan besar tunangnya itu.

"Ishhh! Tahulah kaki tu panjang tapi tak payahlah nak jalan laju-laju!" Bebel Safiyah seorang diri.

Sebaik sahaja dia tiba di belakang tubuh Rayden lantas kemeja kerja jejaka itu ditarik lembut dari arah
belakang.

Rayden yang sudah tahu gerangan yang menarik kemejanya itu segera menoleh ke belakang.

"Apa lagi sayang? Nak abang dukung ke hmmm?" Sengaja suara dibuat-buat seakan menyindir gadis yang separas bahunya itu. Pendek. Kalau perempuan lain mesti tinggi paras hidung dia tetapi ini tidak gadis ini hanya paras bahu saja. Heh.

"Kita pergi butik lain boleh tak awak? Sini mahal lah, tak elok lah membazir." Ujar Safiyah lembut. Sindiran Rayden sebentar tadi hanya diabaikan sahaja.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now