💘BAB - 34

39.2K 1K 26
                                    

Ipad ditangan diletakkan ke tepi tatkala dia merasa orang sebelah semakin menjauhkan jarak antara mereka.

Haih, tak habis-habis lagi merajuk.

Gumamnya di dalam hati.

Wajah cemberut sang isteri yang berada di sebelahnya dipandang nakal sambil bersiul kecil. Seketika terdetik di akalnya untuk mengenakan gadis yang sedang merajuk dengannya itu.

Dengan senyuman yang jahat meniti di bibir merahnya, telapak tangan kirinya sengaja dilekapkan pada paha kanan Safiyah yang berlapik dengan sehelai palazzo putih lalu tangannya perlahan-lahan bergerak merayap di atas paha itu.

Tangannya semakin ke atas, ke atas dan ke atas sehinggalah...

Pap!

"Awak ni dah kenapa?! Tangan tu tak reti nak duduk diam-diam ke?!" Ujar Safiyah geram namun nada suaranya masih dikawal.

Gatal tak kira tempatlah suaminya ini. Sudahlah bukan mereka berdua sahaja yang berada di dalam pacuan empat roda ini. Terdapat juga seorang bodyguard Rayden yang ditugaskan oleh lelaki itu untuk memandu Range Rover yang dinaiki mereka tika ini.

Namun Rayden hanya menayangkan reaksi wajah yang bersahaja seolah-olah dia tidak melakukan apa-apa sebentar tadi.

Kerana geram dengan sikap Rayden dia kembali merapatkan tubuh di pintu kereta dan memandang ke arah luar tingkap tanpa menghiraukan suaminya itu.

Namun dengan sekelip mata sahaja tubuh kecilnya dirangkul dari tepi lalu didudukkan di atas riba lelaki itu.

Hampir putus nafasnya saat melihat posisi duduk mereka yang kelihatan sangat intim di mana dadanya dan dada bidang Rayden bertembung rapat dan kedua belah kakinya dipaksa melilit pinggang lelaki itu.

Tangannya cuba menolak dada bidang suaminya tetapi tidak berjaya apabila Rayden lebih pantas menggenggam tangan kecilnya dan dibawa secara paksa agar merangkul batang leher lelaki itu.

"Shhh. Jangan meronta sangat, nanti apa pulak Marshall fikir." Bisik Rayden perlahan sambil hidung mancungnya digesel-geselkan pada pipi putih kemerahan isterinya.

Marshall merupakan bodyguard Rayden yang sedang memandu tika ini dan juga merangkap orang kepercayaan Rayden di dalam kumpulan mafia lelaki itu.

Tetapi jejaka berwarganegara Itali itu juga berperwatakan hampir sama seperti Nufail. Pendiam. Namun jejaka itu tidak seteruk Nufail yang sentiasa 'membisu' pada setiap masa. Ada kalanya dia boleh dibawa bergurau dan masuk air. Namum apabila tiba waktu bekerja dia akan menjadi sangat serius.

Seperti waktu ini, dia sebenarnya nampak dan tahu apa yang terjadi di tempat duduk belakang melalui cermin hadapan kereta, tetapi dia biarkan sahaja dan berlagak seperti hanya dia sahaja yang berada di dalam kereta itu walaupun secara jujurnya dia terasa seperti hendak berhenti di tepi jalan dan muntah pelangi melihat adegan itu.

Pertama kali dia melihat sisi lain bosnya itu. Nasib baiklah lelaki itu merupakan bosnya. Jika orang lain memang sudah ada yang dihalau keluar dari kereta. Pandai-pandai ko lah nak cari grab atau teksi nanti.

Manakala Safiyah pula sedang menjeling tajam ke arah suaminya bersama perasaan yang penuh sebal.

"Uishhh! Garangnya! Marah lagi ke ni pasal semalam hmm?" Ejeknya nakal sambil jari jemarinya tidak berhenti merayap di tubuh Safiyah.

Sebelah tangannya menahan tubuh si isteri dan sebelah tangan lagi sedang mengusap-usap lembut pinggul Safiyah.

Safiyah mendengus kasar dan bergerak sedikit ke belakang untuk mengelak dari sentuhan tangan gatal itu.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now