💘BAB - 29

28.5K 927 71
                                    

"Bro."

Tegur Rayden sebaik sahaja dia mengambil tempat berhadapan dengan Alan yang sedang leka menunduk bermain telefon bimbitnya.

Chat dengan awek dia lah tu!

Getus Rayden di dalam hati.

Namun tiada tanda-tanda jejaka Inggeris itu sedar akan kehadirannya malah semakin galak tersenyum dan tersengih seorang diri sambil memandang telefon bimbitnya.

Entah apa yang bahagia sangat pun dia tidak tahu.

"Alan." Cubanya sekali lagi. Namun jejaka itu masih lagi menumpukan perhatian kepada objek nipis itu.

Bertaut kening tebalnya apabila melihat Alan yang ketawa secara tiba-tiba dan memeluk erat sebuah bantal sofa di dadanya.

Ada yang aku humban keluar kejap lagi ni.

"Alan." Nada suaranya dinaikkan seoktaf bersama rahang yang diketap geram.

Tiada balasan.

Oksigen disedut sebanyak dan sedalam yang mungkin sebelum dia...

" WOI ALAN!!! KAU PEKAK KE BABI?!"

Kesabarannya sudah mencapai tahap yang minima. Mujur sahaja jejaka itu sahabat baiknya jika tidak sudah pasti tidak bernyawa sekarang ini.

"OPOCOT RAYDEN KENTUT BAU TELUR!"

OPSSSSS!!!

OMOO!!!

Alan yang juga terkejut dengan keterlanjurannya segera menekup mulutnya erat bersama mata yang membulat besar.

Oh no! Oh no! What have I done mama?!

Sweetheart help me!

Huwaaaa! I tachoddd!!

Semakin dingin atmosfera yang dirasakan Alan apabila melihat Rayden memejam erat matanya sambil menggenggam kedua belah tangan yang sudah mula menimbulkan urat bersama wajah yang merah padam.

Weh! Tak ada orang nak tolong aku ke?!

Jerit Alan di dalam hati.

Dengan langkah yang penuh berhati-hati Alan perlahan-lahan mengangkat punggung untuk melaksanakan misi melarikan diri dari Rayden yang sudah kelihatan seperti gunung berapi yang bila-bila sahaja akan memuntahkan laharnya.

Telefon bimbitnya yang juga terpelanting ke atas permaidani semasa dia melatah tadi juga turut dikutip.

Lebih baik dia mencari tempat yang selamat terlebih dahulu sebelum dia juga turut terbakar dek kerana larva Rayden itu.

"Kau nak lari mana Alan?" Suara dalam dan garau milik Rayden membantutkan niat suci Alan yang baru sahaja mengatur dua langkah dari tempat duduknya.

Perlahan dia berpusing memandang Rayden bersama sengihan yang tidak bersalah terukir di bibirnya.

Kepala yang tidak gatal digaru perlahan tatkala sepasang mata hazel Rayden memanah tepat ke arahnya.

Riak wajah lelaki itu usah dicakap.

Dingin habis!

"Ermm ermmm..aku nak ambil air. Ha air! Haus! Hehehe. Kau nak air jugak ke? Nampak macam perlukan air sangat tu."

Sedaya upaya dia menahan kaki panjangnya itu agar tidak bergerak dari melarikan diri.

Tidak sanggup mahu menatap wajah dingin Rayden itu lagi.

Namun tiada balasan yang diberikan oleh Rayden sebaliknya dia hanya memandang tajam ke arah Alan.

"Ermmm Ray? Kau...marah ke tu?" Bibir dicebik bersama mata yang sengaja dibulatkan sambil kedua hujung jari telunjuknya ditemukan antara satu sama lain. Berkelip-kelip mata itu memandang Rayden dengan harapan jejaka itu sudah beransur tenang.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now