"Ya Allah! Anak aku!" Jerit Mak Senah apabila melihat Rayden yang sedang mencempung tubuh Atirah. Dia bergegas turun dari tangga rumahnya dengan riak wajah yang berpura-pura terkejut dan risau. Padahal itu semua adalah sebahagian dari rancangannya.
"Tirah pengsan tadi Mak Senah masa dekat sungai." Jawab Safiyah yang berdiri di sebelah Rayden. Adik-adiknya yang lain sudah pulang ke rumah terlebih dahulu kerana tidak mahu menjejakkan kaki ke kawasan rumah Atirah.
Rayden hanya diam menahan sabar. Mahu sahaja dia menghempas tubuh gadis itu ke tanah namun dia tahankan sahaja memandangkan Safiyah berada turut di sini juga. Jika tidak, sudah pasti ibu dengan anak ini akan menjadi jasad tidak bernyawa.
"Anak aku!" Mak Senah berpura-pura menangis sambil mengesat air matanya yang palsu.
"Tolong hantarkan anak mak cik ke bilik dia boleh?"
Rayden mengangguk dan dalam masa yang sama dia menarik lengan Safiyah meskipun dia sedang mencempung tubuh Atirah.
Baru sahaja Safiyah mahu melangkah mengikut suaminya, tiba-tiba Mak Senah bersuara.
"Fiya teman Mak Senah dekat sini boleh? Mak Senah nak buatkan air untuk kamu berdua." Tahan Mak Senah.
Safiyah mendongak memandang Rayden. Dia mula berasa tidak sedap hati dengan situasi ini.
"Bilik Atirah dekat hujung sana saja Rayden." Sambung Mak Senah lagi.
Rayden memberi isyarat kepada Safiyah agar tunggu di situ sahaja.
Safiyah mengangguk meskipun dia sudah merasa pelik dan tidak sedap hati.
Seliparnya ditanggalkan lalu tangga kayu itu didaki sambil mencempung tubuh Atirah membawa gadis itu kebiliknya.
Mak Senah menyembunyikan senyumannya melihat Rayden yang sepertinya sudah tertunduk dengan anak gadisnya itu.
"Eh Fiya, marilah kita naik jugak. Fiya tunggu dekat ruang tamu ya, Mak Senah nak buatkan air sekejap."
Safiyah mengangguk sebelum dia juga turut melangkah mengikuti wanita tua itu.
Sementara itu, di bilik Atirah, Rayden meletakkan tubuh gadis itu di atas katilnya sebelum tangannya membelai lembut pipi gadis itu.
Sudut bibirnya menyunggingkan sebuah senyuman yang sinis. Fikir dia bodoh untuk tidak tahu motif si ibu dan anak ini membuat rancangan bodoh seperti ini. Jadi, untuk membodohkan mereka, dia juga perlu turut serta bermain dalam permainan ciptaan dua beranak ini.
Atirah yang tidak dapat menahan rasa gembira apabila terasa pipinya dibelai lembut oleh Rayden perlahan-lahan mencelikkan matanya.
Dia berpura-pura terkejut melihat Rayden yang turut memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Awak? Macam mana awak boleh ada dekat sini?" Dia berpura-pura tidak mengerti dengan situasinya ketika ini.
Rayden tersenyum nipis lalu mendekatkan wajahnya dengan wajah Atirah.
Atirah meneguk liur melihat wajah Rayden yang sangat dekat dengan wajahnya. Hati dia berbunga-bunga diperlakukan sebegitu.
Dasar lelaki bodoh! Mesti terpedaya dengan kecantikan aku!
Bicaranya di dalam hati.
Padahal dia yang bodoh kerana terpedaya dengan seraut tampan Rayden.
Perlahan lengan Atirah diusap lembut.
"Syhh, jangan cakap kuat sangat sayang, nanti Safiyah dengar. Tadi awak pengsan masa dekat sungai jadi saya dukung awak balik rumah." Jawab Rayden dengan nada yang penuh sensual.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...