💘BAB - 61

26.1K 881 155
                                    

Kini, usia perkahwinan dan kandungan Safiyah sudah pun mencecah lima bulan. Baby bumpnya juga sudah semakin kelihatan dan doktor juga telah mengesahkan bahawa dia sedang mengandungkan anak kembar. Patutlah perut dia besar semacam rupa-rupanya dia sedang membawa dua nyawa bersamanya.

Dan Raydenlah manusia yang paling teruja apabila menerima khabar gembira itu. Katanya hajat dia untuk mendapatkan anak kembar tercapai dengan jaya dan gilang gemilangnya. Tidak sia-sia usaha keras dia selama ini. Memanglah tidak sia-sia kalau setiap minggu Rayden 'menyentuhnya'. Meskipun seminggu sekali sahaja tetapi suaminya itu sangat aktif. Tidak pernah seminggu pun Rayden terlepas dari 'menyentuhnya.'

Safiyah tersenyum kecil mengingatkan perkara tersebut. Parah dapat suami miang seperti Rayden. Jika ditolak hasrat lelaki itu, mulalah mahu mengugut. 

Sayang, nak jadi isteri derhaka ke?

Siapa ajar melawan cakap suami? 

Nak tengok abang jadi baran ke? 

Nak abang mengadu dekat umi dengan abah yang anak perempuan diaorang menolak permintaan suami? 

Itulah antara ugutan-ugutan Rayden kepadanya. Sudah dia lali dengan semua itu. 

Perutnya yang semakin membuncit diusap lembut bersama bibir yang tersenyum lebar. Meskipun dia tidak sabar menanti detik kelahiran permata-permata mereka, namun masih ada terselit rasa takut dan gementar di dalam dirinya untuk melahirkan bayi-bayinya itu. Mungkin kerana merupakan ini kali pertamanya. Tidak dia sangka di dalam usianya yang 25 tahun dia bakal bergelar seorang ibu dan seorang isteri kepada seorang ahli perniagaan muda yang paling berpengaruh di Malaysia dan di Itali. Semoga rumahtangga mereka akan sentiasa kekal sehingga ke akhir hayat.

"Nanti dah besar jadi anak-anak yang baik dan soleh solehah ya. Banggakan Mummy dengan Daddy. Membesar dengan sihat, jadi manusia yang berjaya macam Daddy tapi jangan ikut perangai gatal Daddy tau." Dia tertawa kecil dengan kata-katanya sendiri. Jika Rayden tahu bahawa dia mengutuk lelaki itu habislah dia. 

Sejak dari hari Rayden berterus terang dengannya akan sisi gelap lelaki itu, semakin banyak mesej yang dihantar oleh nombor yang tidak dikenali dan tepat pada masanya, waktu itu Rayden sedang memegang telefon bimbitnya. Jadi lelaki itulah yang membaca semua pesanan misteri itu. Jadi, Rayden mengambil keputusan untuk menukar telefonnya kepada nombor yang baru. Mahu tidak mahu dia terpaksa ikutkan kehendak Rayden untuk mengelakkan lelaki itu dari mengamuk. Dan sekarang tiada lagi mesej misteri yang diterima olehnya.

Tok! Tok! Tok!

Ketukan pada pintu utama mansion menyentakkan Safiyah yang sedang mengelamun. Dengan perlahan dan penuh berhati-hati dia berdiri lalu cardigan dan tudung sarung yang memang sudah siap disediakan di atas sofa untuk kemudahannya dicapai dan dipakai olehnya. Jika ada tetamu atau dia mahu mengambil angin di luar, jadi dia tidak perlu bersusah-payah  naik ke tingkat atas bilik mereka untuk mengambil tudung. 

"Assalamualaikum!!! Kakak ipar ooo kakak ipar!!! Yuwhuuuu! Open the door sisturrrrrr!!" Kedengaran suara Rayqal menjerit dari luar rumah sambil pintu diketuk bertalu-talu.

Safiyah bergerak perlahan lalu pintu rumah dikuak lembut olehnya dan terpampanglah wajah tampan Raihan dan Rayqal yang sedang tersengih lebar ke arahnya.

Dia bergerak ke tepi sedikit bagi memberi laluan kepada dua jejaka itu untuk melangkah masuk ke dalam.

"Waalaikumussalam. Sorry lambat buka pintu."

"It's okay kakak ipar. Kitaorang faham. Jom masuk, kitaorang ada beli makanan nak makan dengan kakak ipar ni. Jomlah!" Beberapa beg plastik berisi makanan diangkat tinggi oleh Raihan sambil tersenyum lebar.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now