Sedar tidak sedar, sudah lapan bulan berlalu sejak Riyyadh selamat dilahirkan oleh Safiyah. Dan bayi itu pula sudah semakin membesar dan semakin aktif.
Safiyah yang sedang menepuk punggung Riyyadh untuk menidurkan bayi itu tersenyum nipis apabila mengenangkan hubungan Rayden yang sudah kembali akrab bersama Tuan Rasyidi dan Encik Azman. Segala kesalahan suaminya itu sudah dimaafkan sepenuhnya oleh mereka semua. Dan yang lebih menggembirakan, sikap panas baran Rayden sudah semakin berkurangan, malah sifat penyayang pula semakin memekar di dalam jiwa lelaki itu. Safiyah senang dengan perubahan itu meskipun kadangkala sikap suka memaksa Rayden muncul juga.
Riyyadh yang sedang memandang Safiyah bersama mata bulatnya membuatkan wanita itu tertawa kecil dan mula menggomol geram pipi tembam Riyyadh sehingga bayi itu tertawa gembira. Suka apabila digomol oleh Mummynya.
"Nakal ni anak Mummy. Tak nak tidur lagi hmm." Segenap wajah bulat dan gebu Riyyadh dikucup geram oleh Safiyah sehingga terkekek bayi itu ketawa sambil kedua kaki gemuk dan pendeknya menendang ke udara.
"Mi..mi..mi." Sebut Riyyadh di dalam pelatnya.
"Ya sayang, Mummy dekat sini." Jari jemari tembam Riyyadh digenggam lembut dan dikucup berkali oleh Safiyah. Geram! Gemuk dan bulat sungguh anaknya itu. Sangat kuat menyusu sebab itulah menjadi bulat.
Dan semakin lebar senyuman Riyyadh sehingga menampakkan gusinya tatkala Safiyah kembali menggomol wajah dan perutnya.
"Geramnya! Bolat sangat anak Mummy sorang ni." Kini jari jemari Safiyay mula menggeletek perut bulat Riyyadh. Dia juga turut ketawa melihat bayi itu ketawa.
Sedang dua beranak itu bermain, Rayden yang sedang bersandar pada daun pintu hanya tersenyum kacak melihat gelagat dua cinta hatinya itu. Sudah lama dia berdiri di situ setelah pulang dari syarikatnya. Dia yang sebentar tadi mahu menapak ke dalam bilik itu, menghentikan niatnya saat melihat detik bahagia antara Safiyah dan Riyyadh, lalu dia memilih untuk menonton dalam senyap. Hilang segala penat lelahnya mendengar tawa mereka berdua setelah seharian menghadiri beberapa mesyuarat penting bersama klien dari luar negara.
Melihat Safiyah yang masih belum sedar akan kehadirannya, dia berdehem kuat untuk menarik perhatian wanita itu.
"Ehem!"
Safiyah yang terkejut dengan deheman itu segera memusingkan tubuhnya ke belakang lalu menghadiah sebuah senyuman yang manis buat Rayden yang sedang merenung nakal ke arahnya.
"Abang?"
"Amboi, seronok main dengan Iyad sampai tak sedar abang dekat belakang ni." Rajuk Rayden bersama bibir yang memuncung tajam. Sengaja mahu menarik minat Safiyah untuk memujuknya.
Bibir Safiyah melorekkan senyuman yang nipis sebelum menggamit Rayden ke arahnya. "Sinilah abang." Pujuknya lembut.
"Tak nak! Kalau abang pergi, sayang bukannya nak layan abang pun. Asyik layan Iyad je." Bersama kaki yang menghentak ke lantai, Rayden tetap melangkah ke arah Safiyah lalu melabuhkan duduk di sisi wanita itu di birai katil.
Terdengar tawa yang meniti keluar dari bibir Safiyah sambil menggeleng kecil. Manja betul Mr.Rayden Rafiqi seorang ni.
"Tadi kata tak nak datang. Ini datang jugak ni." Bebel Safiyah perlahan.
"Nanti tak datang, sayang bukannya nak datang dekat abang pun. Sampai esoklah jawabnya abang berdiri dekat pintu tu."
Sejurus itu, Safiyah langsung tertawa lucu sehingga Riyyadh juga turut tertawa melihat Mummynya ketawa.
Rayden memincingkan matanya ke arah Riyyadh lalu mengangkat bayi itu dan mula menggomol geram pipi tembam Riyyadh. Dikemam dan digigit manja pipi kemerahan yang bulat itu.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...