Rayden yang sedang asyik menghisap rokok di tangan sambil bersandar tenang di atas sofa di dalam markasnya tersentak apabila pintu utama markas itu dikuak dengan kasar dari arah luar. Dilihat Alan meluru masuk ke dalam bersama wajah yang dingin dan bengis. Bahunya dijongket tinggi menganggap mungkin jejaka Inggeris itu mempunyai masalah.
Rokok di tangan kembali disedut dalam dan asap dihembus ke udara bersama kepala yang mendongak ke atas dan mata yang terpejam rapat. Menikmati rasa ketenangan di dalam dirinya. Duduk di rumah terasa rimas dan semak dengan tangisan dan rintihan Safiyah. Jadi lebih baik dia menghabiskan masanya di sini.
Seketika, kolar bajunya dicekak kasar oleh Alan menyebabkan dia tersentak bersama mata yang membuntang luas. Belum sempat dia mahu bersuara, jejaka Inggeris itu lebih pantas memintasnya dengan menghadiahkan sebuah tumbukan yang padu dan kuat pada pipinya sehingga tersembur darah dari mulutnya.
BUK!!!
Terteleng wajahnya ke sisi sambil mendesis sakit.
Lidahnya ditolak ke isi pipi lalu putung rokok itu dilempar kasar ke dalam ashtray. Anak mata hazelnya membalas tatapan tajam iris biru milik Alan.
"Apa masalah kau sial?!" Herdiknya kasar seraya meludah ke lantai. Dadanya berombak kencang tatkala diserang dengan tiba-tiba oleh sahabatnya itu.
Tanpa membalas soalan Rayden, sekali lagi sebuah tumbukan mahu dilayangkan buat lelaki itu namun sempat ditahan oleh Rayden sehingga tercetus pergelutan di antara mereka berdua.
Tangan Alan dikilas olehnya namun kakinya disilang oleh kaki Alan terlebih dahulu menyebabkan dia tidak dapat mengimbangkan tubuh lalu jatuh tersungkur ke lantai. Belum sempat dia berdiri semula, tubuhnya ditindih oleh Alan dan beberapa tumbukan dihadiahkan lagi pada wajah tampannya.
Dia menderam kuat lalu menolak tubuh Alan ke bawah dan menghadiahkan sebuah tumbukan sulung buat jejaka itu. Pisau yang terselit di pinggangnya dicapai dan mahu ditusuk pada dada Alan namun jejaka itu sempat menahannya.
"KAU APA MASALAH HAH?!?!" Tempiknya kuat.
"KAU TANYA DIRI KAU DULU APA YANG KAU DAH BUAT DEKAT SAFIYAH?!?!" Balas Alan dengan nada yang turut sama meninggi lalu kakinya menendang sisi kepala Rayden sehingga lelaki itu jatuh terduduk sambil meringis perlahan.
"BINI AKU, URUSAN AKU!! BUKAN URUSAN KAU!!" Seraya itu dia bangun berdiri dan meluru ke arah Alan yang turut sama berdiri dan mereka mula berlawan antara satu sama lain.
Nufail dan Fakhrul yang baru sahaja tiba terkejut dengan aksi yang berlaku di hadapan mereka lantas bergegas menuju ke arah Alan dan Rayden yang sedang berlawan dan meleraikan pergaduhan di antara dua sahabat tersebut.
Nufail menarik tubuh Rayden manakala Fakhrul menahan tubuh Alan.
"LEPAS!!! BIAR AKU BUNUH JANTAN DAYUS NI!!!" Alan meronta kuat dari cengkaman kuat Fakhrul namun jejaka itu pantas menahan.
"URUSAN RUMAHTANGGA AKU JANGAN KAU BERANI MASUK CAMPURLAH SIAL!!!" Jerit Rayden yang juga tidak mahu mengalah.
"SUDAH!!! APA MASALAH KORANG NI HAH?!" Tempik Nufail tinggi.
Perlukah bergaduh seperti ini rupa? Tidak boleh berbincang secara baik kah? Jika dia dan Fakhrul terlambat, mungkin akan berlaku pertumpahan darah di situ.
Alan menatap tajam wajah bengis Rayden bersama nafas yang berombak kencang.
"Kau tanya dia, apa dia dah buat dekat Safiyah?! Kau tanyalah dia!!!" Alan meludah kasar ke lantai.
"Apa yang aku buat dekat isteri aku tak ada kena mengena dengan hidup kau!!!"
"Heh. Kau pukul dia. Kau dera dia. Kau buat dia sampai tumpah darah. Kau tinggalkan dia seorang diri dekat rumah dalam keadaan yang separuh nyawa sedangkan dia cuba sedaya upaya untuk selamatkan kandungan dia. Dia telefon Fetty untuk tolong dia. Bila Fetty sampai, bini kau dah nyawa-nyawa ikan dengan keadaan muka yang pecah dan dipenuhi darah. Apa yang kau dah buat dekat dia? Apa salah dia sampai kau hukum dia macam tu? Dan bila mereka dalam perjalanan ke hospital, mereka ditahan oleh musuh kau dan diorang dah ambil Safiyah. Diorang ambil dia tanpa sempat dia ke hospital. Diorang ambil dia masa suami dia tengah sedap melepak dekat sini. Diorang ambil dia masa dia sedang bertarung nyawa cuba selamatkan kandungan dia. Diorang dah ambil Safiyah. Diorang dah ambil Safiyah, Ray." Tutur Alan dengan penuh hiba.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...