"Eh, umi dengan abah nak pergi mana tu?" Tegur Safiyah yang melihat Encik Azman dan Puan Samsiah seperti sedang tergesa-gesa memakai kasut.
"Umi dengan abah nak pergi ke rumah Mak Senah, malam tadi rumah Mak Senah kena masuk dengan perompak. Dan yang paling sedih Atirah dengan mak dia dibunuh. Ini yang umi dengan abah nak pergi tengok arwah." Jawab Puan Samsiah lembut.
"Inalillah inaiwailaihirajiun. Allah, kesiannya. Fiya nak ikut boleh?" Terkejut Safiyah mendengar berita itu. Baru semalam sahaja dia bersembang dengan dua beranak itu. Tidak sangka itu kali terakhir dia berjumpa dengan Atirah dan Mak Senah.
"Tak payahlah Fiya, kamu tu mengandung tak elok pergi ke tempat pembunuhan macam itu. Duduk rumah dengan Rayden ya?" Encik Azman menepuk lembut lengan anaknya itu.
"Baik abah. Umi dengan abah elok-elok ya ke sana." Pesan Safiyah lembut seraya menyalam tangan kedua orang tuanya itu.
"Baiklah, duduk rumah diam-diam jangan buat kerja faham?" Pesan Puan Samsiah. Bukan boleh percaya Safiyah ni, nanti dia pergi memasak, kemas rumah, cuci baju. Sudahlah sedang mengandung, jadi Safiyah tidak dibenarkan langsung untuk membuat kerja rumah.
"Faham umi."
Puan Samsiah dan Encik Azman mengangguk sekilas lalu terus berlalu menaiki motorsikal yang ditunggang oleh Encik Azman menuju ke rumah Mak Senah. Setelah kelibat umi dan abahnya hilang dari pandangan, dia terus memusingkan tubuh ke belakang namun dia hampir terjatuh kerana terlanggar tubuh tegap Rayden yang berdiri di belakangnya tanpa dia sedar. Rayden pantas memaut pinggang ramping Safiyah dan ditarik tubuh wanita itu masuk ke dalam dakapannya.
"Abang ni, kalau Fiya jatuh tadi macam mana? Macam hantulah berdiri senyap-senyap dekat belakang macam tu!" Bebel Safiyah lalu menampar lembut dada bidang suaminya itu. Kus semangat dia sebentar tadi. Sudahlah wajah Rayden itu dingin jadi siapa saja yang tidak terkejut melihat wajah yang tidak berperasaan itu yang tiba-tiba muncul dari arah belakang.
Rayden tersenyum sinis. "Kan abang dah sambut, bebel apanya lagi? Hmm?" Tangannya yang mengusap belakang tubuh Safiyah perlahan menurun ke punggung wanita itu lalu diramas geram.
"ABANG!!!" Naik seoktaf nada suara Safiyah lalu tubuh Rayden ditolak kuat sehingga pelukan lelaki itu pada tubuhnya terlepas. Wajah nakal Rayden dipandang tajam.
"What?" Soal Rayden apabila Safiyah masih merenung tajam ke arahnya. Lagi Safiyah marah, lagi dia suka kerana wanita itu nampak sangat seksi dan menggiurkan pada pandangannya jika isterinya itu sedang marah. Dengan wajah yang kemerah-merahan, bibir merah jambu yang sentiasa membuat dia ketagih itu sangat menggoda dirinya. Fikir di kampung sahaja, jika di rumah mereka pasti Safiyah akan lunyai dikerjakannya meskipun sedang mengandungkan anak mereka.
"Tak fikir ke kita dekat mana sekarang ni? Depan pintu rumah kot! Kalau orang nampak macam mana?!" Marah Safiyah lagi. Memang tak pandang kiri kanan langsung suaminya ini.
Rayden tersenyum sinis lalu merendahkan sedikit tubuhnya menyamai paras ketinggian Safiyah dan berbisik perlahan di hadapan wajah manis itu. "Kalau tak nak bagi orang nampak, jomlah masuk bilik."
Safiyah mencubit kuat perut berotot Rayden sehingga lelaki itu tertawa. Apa yang lawak pun dia tidak tahu. Rayden ni kalau datang mood mengusik dia memang teruk dia diusik dan kalau datang baran dia memang tak cukup tanah mahu lari dari lelaki itu. Terlalu menyeramkan!
"Tak nak cakap dengan abang sehari." Safiyah menjeling tajam suaminya itu.
"Tak nak cakap dengan abang sudah, abang boleh cakap dengan baby kita." Usik Rayden lagi.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...