💘BAB - 59

26.9K 845 57
                                    

Kereta diparkirkan di dalam garaj lalu enjin dimatikan. Tali pinggang keledar yang membelit tubuhnya dibuka sebelum dia melangkah keluar menuju ke bahagian tempat duduk Safiyah. Pintu kereta di bahagian Safiyah dibuka sebelum tubuh lampainya dibongkokkan sedikit lalu pipi mulus wanita itu dielus lembut.

"Sayang, hey wake up. Kita dah sampai." 

"Ermmm, mengantuk." Adu Safiyah manja tanpa sedar lantas dia kembali menyambung tidurnya yang diganggu oleh Rayden. 

Rayden menggeleng kecil lalu belitan tali pinggang keledar pada tubuh Safiyah dirungkaikan dan tubuh langsing itu dicempung lembut. Pintu kereta ditutup perlahan dengan menolak sikunya lalu kaki panjangnya melangkah masuk ke dalam mansion mereka. Sapaan dari anak-anak buahnya hanya dibalas dengan anggukan ringkas.

Salam diberi lalu bilik tidur mereka dituju. Tubuh langsing Safiyah diletakkan di atas katil terlebih dahulu sebelum penghawa dingin dihidupkan. Dia melangkah keluar semula ke garaj kereta bagi mengambil beg pakaian mereka dan kemudiannya diletakkan di tepi almari pakaian lalu tubuh sasanya diregangkan terlebih dahulu kerana terasa lenguh setelah memandu selama beberapa jam. Pakaiannya turut ditanggalkan dan dicampak ke dalam bakul pakaian kotor meninggalkan dia yang hanya dibaluti boxer sahaja lalu tuala mandi dicapai dan dibelit pada pinggangnya. 

Safiyah yang sedang nyenyak tidur di atas katil dituju lalu tudung yang membaluti kepala wanita itu ditanggalkan perlahan dan diletakkan di atas meja bersebelahan katil. Wajah lembut Safiyah diteliti dengan penuh minat lalu hidung mancungnya digesel lembut pada hidung kecil Safiyah.

"Hmm abang..." Safiyah merengek kecil seraya mencelikkan kelopak matanya. Perkara pertama yang dia lihat ialah wajah tampan Rayden yang sedang tersenyum memandangnya.

Bibir merah jambu Safiyah dikucup sekilas. "Dah bangun?"

Safiyah mengangguk perlahan lalu rambut lebat Rayden diusap lembut. "Jom mandi." Ajak Rayden seraya menggeselkan hidungnya pada leher jinjang Safiyah sehingga terletus tawa wanita itu. Wajah Rayden ditolak lembut menjauhi lehernya. "Gelilah abang." 

Rayden tersenyum nakal lalu baju Safiyah disingkap ke atas lantas perut kempis itu pula menjadi sasaran barunya. Mengekek Safiyah tertawa sambil meronta-ronta agar dilepaskan. Pinggang dan tangannya ditahan erat oleh Rayden.

"HAHAHAHA!!! Abang! Gelilah!" 

Melihat Safiyah yang hampir kehabisan nafas itu, lantas dia berhenti lalu melabuhkan beberapa ciuman pada permukaan kulit lembut itu dan wajahnya dirapatkan pada wajah kemerahan isterinya itu.

"Kenapa sayang cantik sangat hmm?" Soalnya sensual.

Safiyah tersenyum nipis. "Kalau Fiya tak cantik, abang tak nak kahwin dengan Fiya ke?" Soal Safiyah kembali. Rahang tajam Rayden dielus lembut dengan jari telunjuknya. 

Rayden tersenyum nipis mendengarkan soalan itu. "Abang tak pandang rupa, apa yang abang pandang ialah hati. Kalau tak cantik tak apa asalkan cantik pada sifat dan akhlak. Tapi kalau dah dapat pakej lengkap macam ni, memang rezekilah. Cantik, lemah lembut, pandai uruskan abang dan yang paling penting seksi. Rasa nak ikat je sayang atas katil setiap masa lepastu suruh layan abang." Jawab Rayden nakal. Tetapi memang jujur dia tidak memilih rupa asalkan wanita itu seorang yang sabar dalam menghadapi sisi barannya. 

Dada terdedah Rayden ditampar manja. "Bilanya Fiya seksi? Fiya selalu pakai kain batik je. Tak pernah pun Fiya pakai seksi-seksi depan abang." Memang tidaklah dia mahu memakai pakaian yang seksi di hadapan lelaki itu. Ibarat seperti sengaja masuk ke dalam kandang harimau.

"Masa sayang pakai kain batiklah sayang nampak seksi. Rasa nak selak je kain tu setiap masa. Geram." Balas Rayden sambil bibirnya tersungging nakal.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now