💘BAB - 53

27.2K 827 52
                                    

"Abang tak nak pergi kerjalah sayang. Teruk sangat ni alahan sayang. Hmm?" Belakang tubuh Safiyah diusap-usap lembut bersama wajah yang risau. Mana dia tidak risau apabila sejak Subuh tadi Safiyah tidak berhenti muntah. Wajah wanita itu juga dilihat sudah semakin pucat. 

Safiyah menggeleng perlahan sebelum membersihkan mulutnya. Tubuhnya dipalingkan ke belakang lalu wajahnya disebamkan pada dada bidang Rayden yang berbalut dengan kemeja pejabat. 

Rayden pantas mendukung tubuh lemah itu lalu dibaringkan dengan lembut di atas katil. Juntaian rambut yang menutupi wajah Safiyah diselitkan pada belakang telinga wanita itu dan t-shirt yang dipakai Safiyah turut diselak ke atas lalu dia melabuhkan sebuah ciuman lembut di kawasan tersebut dan diusap perlahan perut wanita itu.

"Baby, jangan buat Mummy sakit tau. Kesian Mummy." Tuturnya di hadapan perut Safiyah. 

Safiyah hanya tersenyum lemah. Kepalanya terasa berdenyut kuat dan tekaknya terasa loya. Namun tiada apa yang dimuntahkan hanya angin dan air liur sahaja. Itu yang membuatkan tekaknya terasa semakin pahit dan sakit. 

"Sayang." Panggil Rayden lembut lalu kedua belah lengan sasanya mengepung tubuh Safiyah sekaligus merapatkan lagi jarak antara mereka.

"Ya abang." Jawab Safiyah lemah. 

"Rasa nak muntah lagi tak?" Soal Rayden dengan nada yang perlahan. Wajah pucat Safiyah yang berada di bawahnya ditilik dengan penuh minat. 

Safiyah menggeleng perlahan. "Tak dah abang. Dah pukul berapa ni abang? Nanti abang lewat masuk office, lagipun abang ada meeting dengan klien dari luar negara kan? Tak baik buat mereka tertunggu-tunggukan abang." 

Rayden menggelengkan kepalanya berkali-kali. "No, abang tak nak masuk kerja. Macam mana abang nak pergi kerja sedangkan isteri abang dekat rumah tengah sakit macam ni? It's okay. Meeting tu boleh postpone ke hari lain. Apa yang penting sekarang ni ialah kesihatan sayang ." Rayden mengusap lembut sisi pinggang Safiyah.

"Fiya okay je abang. Biasalah alahan ibu mengandung. Abang jangan risau okay? Semalam Fetty ada call katanya nak datang lawat Fiya sebab dia cuti. So, abang tak payah risau sebab nanti Fetty akan temankan Fiya. Boleh?" Safiyah masih memujuk lembut. Rahang tajam Rayden yang sedikit berjambang itu dielus lembut. Jika mahu memujuk mestilah perlu berlembut lagi-lagi jika orang itu ialah Rayden Rafiqi. Tersalah pujuk pasti akan menerima akibatnya.  

Rayden menghela nafas berat. Jika Fetty mahu datang menemani Safiyah hatinya terasa sedikit lega meskipun dia masih berat mahu meninggalkan wanita itu. Tangan mulus Safiyah yang masih mengelus rahangnya dipegang lalu dibawa melingkari lehernya sebelum tubuh sasanya direndahkan sedikit sehingga hidung mereka saling bersentuhan. 

Bibir pucat Safiyah dicium sekilas lalu dia melekapkan dahinya dan dan Safiyah dengan lembut. "Okay, abang izinkan Fetty teman sayang. Tapi abang akan tunggu sampai dia datang. No objection. Jangan membantah cakap abang boleh?" 

Safiyah membalas dengan anggukan yang kecil. "Boleh abang. Tapi meeting abang macam mana?" 

"It's okay, meeting abang mula pukul 9.30 sempat lagi abang nak ke sana." Jawab Rayden lembut. 

Safiyah hanya mendiamkan diri tanda dia memahami. Rayden menegakkan tubuhnya semula lalu berdiri di tepi katil dan butang kemejanya dibuka satu per satu sehingga habis dan ditanggalkan dari tubuh sasanya meninggalkan dia yang hanya dibaluti dengan sehelai singlet putih. Kemeja itu diletakkan di atas meja bersebelahan katil mereka dan tali pinggangnya dilonggarkan sedikit lalu dia duduk mengambil tempat bersebelahan Safiyah. 

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now