💘BAB - 7

27.3K 1.1K 84
                                    

"Finally, you've arrived cik adik myvi."

Safiyah yang terkejut mendengar satu suara garau yang seakan-akan berada dekat dengannya segera mendonggakkan kepalanya.

Sepasang mata berwarna hazel tersebut bersambung tepat dengan mata hitam pekat milik Safiyah.

Tersedar yang jarak mereka tersangatlah rapat, segera dia melangkah kebelakang beberapa tapak.

Fuhh boleh goyang lutut Safiyah dengan keadaan mereka sebentar tadi. Sudahlah bau minyak wangi yang dipakai Rayden sangat kuat menusuk ke hidungnya. Nasib dia sempat berundur.

"Why? Takut? Haritu bukan main berani kau tapi sekarang takut pula. Hurmm?" Rayden yang melihat wajah pucat Safiyah itu mengukirkan senyuman sinis kepada gadis tersebut.

Seketika fikiran Safiyah teringat akan perkara yang disampaikan oleh Alan ketika mereka didalam lif tadi.

'Siapa sebenarnya dia ni? Betul ke dia nak buat aku jadi hamba nafsu dia? Ya Allah lindungilah hambamu ini.' Doa Safiyah didalam hati bersama mata yang terpejam.

Rayden yang melihat gadis itu seakan berada di dunianya sendiri segera mengherdik gadis tersebut.

"Hoi perempuan! Kau boleh mengelamun pula masa aku tengah bercakap!" Dia cukup pantang kalau dia tanya orang tu tak nak jawab.

Safiyah yang tersedar dari lamunannya terus menundukkan wajah ke bawah semula.

'Aduh, apa aku nak buat ni? Garangnya lah mamat ni.' Getus Safiyah sambil menggigit bibir bawahnya.

Dia kalau dah takut atau malu dia selalu menggigit bibir bawahnya.

"Tunduk-tunduk lagi! Hey apa memang muka aku dekat lantai ke hah?!" Rayden semakin panas hati melihat gadis di hadapannya ini. Ikutkan hati nak je dia tembak nasiblah budak ni bukan musuh dia.

"Ma-maaf encik, saya cuma segan sikit." Aduh Fiya asal kau boleh gagap pula depan dia.

"Maaf maaf! Memang tu je ke yang kau tahu?! Aku suruh kau datang sini sebab nak suruh kau bayar ganti rugi kereta aku! Haritu kan kau dah janji bagai siap bagi nombor telefon lagi, jadi jangan nak acah tak tahu apa-apa pula!" Hambur Rayden sambil menatap tajam gadis berbaju kurung itu.

"Ye, saya tahu encik. Jadi, saya datang ni sebab nak tunaikan janji saya tu. Jadi, boleh saya tahu berapa harga kerosakan kereta encik tu?" Safiyah terus menuju ke tujuan dia datang ke sini. Takut nanti makin lambat makin tipis kesabaran dia menghadap mamat tinggi garang macam tu.

"Ha kan bagus kalau direct je terus macam ni takde lah aku nak kena bazirkan air liur aku nak ingatkan kau." Ujar Rayden sinis.

"Ni dah melampau main perli-perli pula. Eh jantan ni kang aku perli balik baru tahu. Mulut perempuan lagi berbisa tau kalau nak perli-perli ni." Omel Safiyah perlahan yang mungkin.

"Ha kutuk-kutuk aku pula! Ingat aku pekak ke hah?!" Jerkah Rayden lagi.

"Eh encik! Kira bersyukur ah saya mengata depan-depan dari saya mengata belakang-belakang ha pastu saya sebarkan berita palsu pasal encik baru tahu kot!" Balas Safiyah yang geram dengan mamat di depannya ini yang asyik menjerkah dia dari tadi.

Ikutkan hati nak je dia tendang kepala lelaki tu sampai terkeluar otak macam yang Alan suruh tadi.

Tapi itulah ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa. Baik dia tahan je dulu sebelum dia yang kena tendang keluar.

Rayden yang sudah mengagak gadis itu akan bengang dia mula mengukirkan senyuman sinis sambil berjalan mengelilingi gadis tersebut.

"Well, sebelum kau sebar berita palsu pasal aku, better kau bayar dulu ganti rugi aku sebelum aku saman kau sebab cubaan menyebarkan berita palsu terhadap CEO of RR Holding iaitu Mr Rayden Rafiqi. Hurmm, boleh?" Soal Rayden tepat di tepi telinga gadis tersebut sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi mewah miliknya sambil menatap Safiyah dengan tatapan yang sinis.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now