Assalammualaikum warahmatullah...
Sebak.
Itu yang dirasakan Safiyah ketika itu. Alunan suara Rayden saat mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sebentar tadi sangat merdu menyapa telinganya.
Sungguh dia tidak menyangka suara Rayden akan semerdu itu. Jika dilihat pada penampilan lelaki itu mesti rata-rata manusia akan menganggap bahawa Rayden merupakan seorang lelaki yang kurang ilmunya dari segi agama. Namun sebaliknya. Dia sendiri juga terkejut saat Rayden mula mengalunkan surah-surah suci Al-Quran dengan sebutan, bacaan dan lahjah yang betul.
Benar bak pepatah mengatakan jangan menilai buku dari kulitnya. Situasinya sama seperti Rayden. Nampak sahaja seperti bad boy tetapi lelaki itu sangat menjaga hubungannya dengan Allah. Jangan kita hanya menilai seseorang itu dari luaran dan penampilannya kerana dalamannya berbeza dengan apa yang kita nampak.
Cuma apa yang mengganggu fikiran Safiyah tika ini ialah tatu yang terukir di dada bidang lelaki itu.
Sebenarnya jika diikutkan rasa hati, hendak sahaja dia menyoal suaminya akan perihal itu sehingga dia mendapat jawapan yang diinginkan. Tetapi Rayden sudah berjanji akan memberitahunya apabila tiba masa yang sesuai.
Tidak mahu membuatkan suaminya marah, maka dia memilih untuk berdiam diri dan menunggu tuan empunya badan sendiri membuka mulut. Mungkin Rayden memerlukan masa untuk membuka kisah hidupnya. Jadi sebagai seorang isteri dia haruslah bersabar dan sentiasa menyokong suaminya dari pelbagai sudut.
Setelah bacaan doa selesai, Rayden memusingkan tubuh ke belakang menghadap ke arah Safiyah lalu tangan kanannya dihulurkan kepada gadis itu.
Ya, dia memang seorang ketua mafia dan dia juga seorang pembunuh. Tetapi itu tidak bermakna hukum Allah dia letakkan ke tepi. Dia membunuh bukan kerana suka-suka tetapi jika hanya musuh mengancam. Sudah itu tugasnya sebagai ketua mafia.
Sejak dari kecil lagi dia dengan adik-adiknya telah dididik oleh Tuan Rasyidi dan Puan Raishah mengenai ilmu Allah. Walau sesibuk mana pun dia, walau sehebat mana pun pekerjaan dia, tetapi jangan dilupa solat itu lebih penting dari urusan dunia yang lain.
Pesanan Daddynya tidak pernah dia lupakan. Meskipun orang memandangnya sebagai seorang jejaka yang berjaya, yang hebat, yang mempunyai segalanya tetapi ingatlah di mata Allah kita semua sama sahaja. Kita hanyalah hambanya yang kerdil yang meminjam semua kenikmatan itu dari Dia.
Huluran tangan sang suami disambut dengan penuh rasa hormat lalu belakang tapak tangan itu dikucup lembut.
Terasa kepalanya diusap oleh lelaki itu, pantas dia mengangkat wajah memandang Rayden yang sedang tersenyum ke arahnya.
Tanpa apa-apa bibir basah lelaki itu singgah di dahi mulusnya.
Kucupan yang hangat.
Kucupan yang menenangkan.
Kucupan yang lembut.
Mata dipejam erat menghayati momen yang indah itu. Terasa perasaan yang tenang mengalir di segenap jiwanya.
Mata dicelik perlahan setelah Rayden mengangkat bibir dahi mulusnya.
Wajah kacak suaminya diteroka dengan penuh minat. Kacak!
Rayden yang memakai songkok dipadankan dengan baju melayu berwarna merah dan sehelai kain pelikat pada malam itu menampakkan sisi berbeza lelaki itu.
Nak iras-iras macam seorang ustaz pun ada.
Rayden tersenyum nipis melihat Safiyah yang sedang ralit meneroka setiap inci wajahnya.
"Dah puas tatap?" Tegurnya sinis apabila tiada tanda-tanda gadis itu akan tersedar.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...