💘BAB - 4

30.4K 1.2K 81
                                    

Kringggg....kringggg

Lantas tangan yang lincah menulis di atas fail itu berhenti.

Nama pemanggil dilihat sebelum panggilan diangkat.

Daddy,

"Ye hello Daddy..Ada apa call Rayden?"

"Waalaikummussalam..amboi nak call anak sendiri pun dah tak boleh ke?" Perli Tuan Rasyidi di hujung talian.

"Hurmm, sorry Daddy..Ada apa-apa hal penting ke Daddy?" Soal Rayden sambil tangan menyambung menulis di atas fail tadi.

"Bila nak balik rumah? Dah dua bulan tak balik rumah..asyik busy memanjang..jangan sampai Daddy pergi syarikat kamu nanti..malam ni balik Daddy and Mummy ada benda nak bincang dengan kamu."

"Hurmm ye lah Daddy, malam nanti Rayden balik tidur sana sekali..I got to go.. bye assalamualaikum Daddy."

Lantas iPhone miliknya diletakkan di atas meja lalu badan disandarkan di kerusi empuk miliknya dengan kepala yang mendongak ke atas.

'Haihh apa lah yang penting sangat tu selalu nak apa-apa cakap dekat fon je.' Gumam Rayden sambil menatap ke arah luar bangunan syarikatnya itu.

Ya, dia tinggal berasingan dari keluarganya. Sejak dia berusia 25 tahun dia dah tinggal seorang diri di mansion miliknya sendiri. Sekarang dia dah berusia 28 tahun.

Hanya adiknya Rayqal Rizqi yang tinggal bersama Mummy dan Daddy nya. Manakala seorang lagi adiknya pula, Raihan Rakhis sedang belajar di luar negara.





💘💘💘


"Teacher Fiya!"

Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki yang tembam sedang berlari menuju ke arah Safiyah yang berdiri di hadapan pagar tadikanya.

"Hello Alif, wahhh semangatnya dia ni harini..smart nya student teacher ni..geram la ngan awak ni comel sangat."

Safiyah mencubit lembut pipi tembam kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun itu

"Hehehe..Alip tak syabar nak belajar dengan teacher..Alip rindu teacher syo much."

Baru berusia 4 tahun tapi dah petah bercakap. Tapi itu lah pelat nya alahai..dari Alif jadi Alip.

Comel je Alif memandang Safiyah dengan mata yang terkebil-kebil.

"Ehem"

Deheman tersebut berjaya mengalihkan perhatian Safiyah dan Alif yang sibuk berceloteh.

Kelihatan seorang lelaki yang kacak menggayakan kot hitamnya menuju ke arah dua manusia tersebut bersama senyuman yang mampu mencairkan hati wanita di luar sana.

"Hai..dah tak sabar nak jumpa Teacher Fiya sampai babah pun dia tak nak salam dah ke?" Soal lelaki tersebut sambil bercangkung menghadap anak terunanya itu.

"Hehe..sowwy babah..nak tangan nak syalam."

"Hurmm nasib dah say sorry kalau tak babah tak nak beli toys dekat Alif dah lagi." Lantas tangan kanan dihulurkan sambil tangan kirinya menggosok perlahan rambut anak lelakinya itu.

"Hihi..Bye babah! Muahhh!"

Jerit Alif yang sudah berlari masuk ke dalam tadika sambil menggalas beg Superman nya itu. Hailah geram nya tengok beg lagi besar dari tuan badan entah apa la yang dia sumbat dalam beg dia tu.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now