💘BAB - 56

24.1K 772 148
                                    

"Mak! Mak!" Jerit Atirah sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumahnya. 

"Apa kau ni?! Terjerit-jerit panggil aku ni dah kenapa?! Macamlah aku ni pekak sangat!" Mak Senah yang sedang menjahit pakaian memandang hairan ke arah anak perempuannya itu yang sedang duduk bersila di atas sofa bersama wajah yang masam mencuka.

Bantal sofa dicapai lalu ditumbuk geram seolah-olah bantal itu merupakan wajah Safiyah. "Mak tahu tak si Safiyah tu kahwin dengan orang kaya? Hensem pulak tu suami dia! Mana boleh macam ni! Tirah pun nak jugak suami macam tu! Eyyyy geram!!!" Lantas bantal sofa tersebut dibaling kasar ke lantai. 

"Sebab tu saja kau nak meroyan sampai macam ni? Aku tahu lama dah suami dia orang kaya. Kau tu yang tak tahu." Balas Mak Senah sinis seraya menyambung kembali kerjanya tadi. 

Atirah merengus geram. "Kenapa mak tak bagitahu dekat Tirah sebelum ni?"

"Kau keluar waktu pagi, balik rumah pun tengah malam masa bilanya aku nak bagitahu?" 

"Tirah tak kira jugak mak, apa yang perempuan sundal tu ada, Tirah nak jugak." 

"Ha, baguslah macam tu. Orang kampung pun asyik mengata pasal kau je. Selalu sangat bandingkan kau dengan perempuan tu. Konon-konon dialah yang paling bagus dekat kampung ni. Cantik, lemah lembut, pandai belajar sampai ke UM. Meluat aku dengar." Sokong Mak Senah. 

"Macam mana lelaki kaya dan kacak tu boleh suka dekat dia? Entah-entah dia pakai bomoh tak mak?" 

"Mungkinlah, kau apa susah, rampas sajalah laki dia tu. Goda dia, tunjukkan dekat dia yang kau lagi baik dari si Safiyah tu. Aku pun nak menantu kaya macam tu, kau tak payah kerja setiap bulan pun dapat duit, aku pun boleh menunjuk dekat orang kampung ni." Mak Senah mula memberi idea kepada gadis itu. Dia juga cemburu dengan Safiyah. Disebabkan Safiyah, anak gadisnya langsung tidak dipandang oleh orang kampung. Segala perihal buruk mengenai anaknya selalu diceritakan oleh orang kampung. Ada pernah sekali itu orang kampung menyuruhnya untuk menegur Atirah kerana mereka sering terlihat Atirah kerap membonceng motosikal bersama beberapa orang lelaki. Menyibuk sahaja, dia tahulah perangai anak dia macam mana. Itu tandanya anak dia laku. 

"Tapi macam mana mak?" Soal Atirah.

"Mak ada rancangan." Ujar Mak Senah seraya tersenyum jahat. Dia bangun lalu melabuhkan duduk di sebelah Atirah dan membisikkan sesuatu di telinga gadis itu.

Atirah tersenyum jahat mendengarkan rancangan bernas dari ibunya itu. Tidak sabar rasanya mahu melihat kehancuran rumah tangga Safiyah dan menggantikan tempat wanita itu di sisi Rayden. 

'Aku akan gantikan tempat kau, Safiyah!'





💘💘💘 



Mereka yang berada di situ masing-masing tersenyum mendengar alunan doa yang dibaca oleh Rayden ketika ini. Lunak dan merdu sahaja suara lelaki itu ketika mengimamkan mereka sekeluarga. 

"Amin." Tutur mereka serentak sebaik sahaja bacaan doa dari Rayden sudah selesai. Mereka saling bersalaman lalu mengemas sejadah dan telekung masing-masing.

"Umi dengan Fiya siapkan makanan sekejap ya?" Ujar Puan Samsiah kepada mereka yang berada di situ. Encik Azman, Rayden serta adik-adik Safiyah menganggukkan kepala. 

Sebaik sahaja kelibat Safiyah dan Puan Samsiah menghilang, Encik Azman mula mengisyaratkan ketiga anak lelakinya untuk turut beredar dari situ meninggalkan dia dan Rayden. Mereka bertiga mengangguk faham sebelum berdiri dan beredar dari situ. Kini yang tinggal hanyalah Rayden dan Encik Azman sahaja. 

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now