Wajah yang suram di sebelahnya dipandang sekilas sebelum hujung bibir terjungkit sedikit.
Pemanduan diteruskan dengan tenang sambil bersiul-siul kecil mengikut rentak lagu yang kedengaran di corong radio.
"Tak payah nak tarik muka sangatlah, kalau cantik aku tak kisah ni masalahnya tak cantik memang taklah aku nak pujuk kau." Ujar Rayden yang sengaja mahu menyakat Safiyah yang sejak dari tadi mendiamkan diri.
Tangan yang berada di atas kedua belah paha dikepal erat bagi menahan diri dari menumbuk wajah tak hensem orang sebelah.
Makin bertambah rasa geram dia dekat Rayden apabila teringatkan kejadian yang berlaku pagi tadi.
Pin! Pin!
"Ha beb, tu dah sampai family husband kau tu." Ujar Fetty yang sedang melihat dari sebalik langsir rumah. Dia tidak ikut Safiyah pulang ke kampung sama kerana hari ini dia terpaksa ke butiknya kerana terdapat masalah sedikit yang berlaku.
Safiyah yang sedang membawa beg pakaian itu segera menoleh ke arah Fetty.
"Pembetulan, 'bakal husband' okay? Aku pun tak hamak lah nak kahwin dengan mamat gila macam tu haih."
"HAHAHAHA! Hek eleh kalau kau tak hamak sekalipun tetap akan jadi suami kau. Acah nak lari dari dijodohkan, last-last orang yang sama jadi husband kau! HAHAHA!"
Gelak besar Fetty apabila Safiyah menceritakan perkara itu kepadanya semalam. Dia pun tidak sangka yang jutawan muda itulah yang bakal dijodohkan dengan Safiyah. Punyalah plan tak nak dijodohkan oleh mak ayah tapi lain jadinya. Betullah apa orang cakap, kalau dah jodoh tak ke mana.
Safiyah mengecilkan mata memandang Fetty yang masih lagi mentertawakannya.
Pakkk.
Bahu Fetty dipukul kuat dengan sling bag yang dipegangnya.
Fetty menggosok perlahan bahu yang telah ditampar namun tawanya masih tidak reda.
"Malas layan kau." Jelingan tajam dihadiahkan kepada sahabatnya itu.
"Halah halah, jeling-jeling kucing pula bakal isteri Mr Rayden ni. Kau jeling kat aku tak bagi apa kesan pun, cuba pergi jeling dekat bakal husband kau tu. Fuhhhh bergoyang kepala lutut cik abang sorang tu. Hahahaha." Sakat Safiyah lagi.
Safiyah yang malas melayan segera mengangkat beg pakaiannya lalu pintu rumah dibuka.
Rayden yang sedang bersandar di kereta Audi R8 hitam miliknya dengan wajah yang ditunduk kebawah kelihatan sangat tampan dengan kemeja putih yang tersarung di tubuh tegapnya dimana lengan kemeja itu dilipat sehingga paras siku dipadankan dengan seluar slack berwarna hitam dan ditambah pula dengan kaca mata hitam yang tergantung di kolar leher kemeja yang dipakai.
Ala-ala model gitu!
"Fuhhh! Handsome habis beb. Semput aku tengok lengan sado dia tu. Kalau kau tak nak si Rayden tu bagi aku je lah eh?" Usik Safiyah bersama wajah yang nakal.
Namun, Safiyah hanya menjeling tajam kearah Fetty.
"Alan kau nak campak mana? Nak tukar dengan aku ke? Aku amik Alan, kau amik Rayden. Gitu?"
"Eh tak boleh! Mat salleh tu kau jangan kacau! Kau kacau aku pancitkan kereta kau. Ambiklah balik Rayden kau tu. Alan aku lagi hensem lah."
Safiyah menggeleng kecil dengan telatah Safiyah. Semua yang handsome dia nak dekat dia. Haih.
Tetapi dahinya dikerutkan apabila memandang sebuah lagi kereta yang berada di belakang Audi Rayden itu.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...