"Allah..."
Perutnya dihurung rasa sakit yang melampau. Tidak pernah dia rasa sakit yang perit sebegini seolah-olah isi dalamnya dicarik-carik oleh sesuatu yang tajam.
Berbekalkan sisa tenaga yang masih tersisa, Safiyah cuba mengesot mendekati pintu tandas. Sebelum itu, cebisan bajunya yang masih tersisa di lantai, dikutip dan disarungkan pada tubuhnya yang dihiasi dengan kesan lebam hasil daripada perbuatan rakus Rayden ke atasnya.
Dan semasa dia cuba mengengsot ke pintu, dagunya terhantuk kuat pada lantai yang licin itu sehingga menghasilkan bunyi yang sangat kuat di mana giginya tergigit isi lidahnya sehingga terasa aliran darah mula mengalir dari isi lidahnya.
"Uu-ummi..." Panggilnya perlahan. Mengharapkan uminya tiba untuk datang menyelamatkannya dan kandungannya.
Tidak mengalah, Safiyah tetap merangkak dengan penuh kesukaran demi menyelamatkan kandungannya.
"Allah...hah...Allah...Allah..." Tidak henti-henti kalimah agung itu meniti dari bibirnya yang diselangi dengan setiap nafasnya.
Dengan semangat yang dia ada, akhirnya dia berjaya tiba di hadapan pintu tandas dan berpaut pada pintu itu untuk cuba berdiri meskipun dia tahu tubuhnya sekarang ini di dalam keadaan yang sangat lemah dan tidak berdaya. Demi bayi-bayinya, dia akan berkorban dan berusaha untuk memastikan dua permatanya itu selamat.
Dengan keadaan kaki yang menggeletar hebat, dia berdiri dan berpaut pada dinding sebagai sokongan kepada tubuhnya dan terus melangkah perlahan mendekati telefon bimbitnya yang berada di atas meja solek. Dicapai objek nipis itu dengan tangan yang menggigil dan nombor Fetty dicari sebelum didail. Nafasnya kedengaran sangat lelah dan mengah.
"Yuwhuu my baby, Fiya!!! What's wrong bestie?" Jerit Fetty di corong telefon sebaik sahaja panggilan itu bersambung.
"Ff-fetty..tt-ttolongg akkuu..." Ujar Safiyah dengan suara yang tersangkut-sangkut dan lemah.
"Fiya?! Kau kenapa ni?! Kau dekat mana? Apa jadi?!" Soal gadis itu bertalu-talu.
"Rr-rummahh..tt-ooloong..." Rayu Safiyah bersama esakan yang kuat.
"Ya Allah! Kau tunggu situ jangan pergi mana-mana! Aku datang kejap lagi! Tunggu aku tau!"
Telefon itu terjatuh ke lantai tanpa sempat Safiyah berkata apabila perutnya terasa seperti dipulas kuat. Air matanya merembes laju menuruni lekuk wajahnya yang dipenuhi dengan lebam biru keunguan.
"Allah..linn-dunggi kan-dungan hamba-mu..Ya Allah.." Pohonnya sayu.
"Ttolong ber-ttahan ya ss-sayang Mummy..."
Dia bergerak dengan gerakan yang sangat perlahan menuju ke almari pakaian lalu sehelai dress putih labuh berlengan panjang dan tudung sarung berwarna yang berada paling hadapan sekali dicapai dan dipakai olehnya dengan lemah. Dicapai sahaja apa yang berada di hadapan mata ketika ini kerana dia perlu segera ke hospital disebabkan rasa sakit yang begitu dahsyat pada bahagian bawahnya.
Namun sebaik sahaja dia sudah selesai menyarung pakaian itu, tiba-tiba dia terpandang lelehan cecair berwarna merah pekat yang mengalir keluar dari celah pehanya menurun sehingga ke betis.
Matanya membuntang luas bersama jantung yang berdegup laju. Bibirnya juga bergetar hebat seiring dengan detakan jantungnya.
"Allahuakbar..."
Dia jatuh terduduk ke atas lantai bersama linangan air mata yang lebat mengalir. Perutnya ditampung dengan kedua tangan kecilnya.
Darah itu semakin banyak mengalir turun membasahi dress putihnya. Matanya juga semakin layu dan pandangannya hampir berbalam.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...