Sudah dua minggu Safiyah masih tidak sedarkan diri. Pembedahan itu berjaya dan dia sudah melepasi fasa yang kritikal namun berada di dalam keadaan koma. Dan sejak dua minggu itulah Rayden menunggunya dari jarak yang jauh dengan bersandar pada dinding hospital itu. Ini kerana dia dilarang untuk mendekati Safiyah malah jika dia mengingkari arahan tersebut, dia akan dipukul oleh Tuan Rasyidi sendiri.
Dan beberapa orang pengawal peribadi juga telah diarahkan oleh Tuan Rasyidi untuk berkawal di hadapan pintu bilik yang menempatkan Safiyah. Sungguh sebegitu sekali kebencian mereka terhadap dirinya.
Sepasang mata hazelnya tidak lepas memandang susuk tubuh mertuanya yang ketika itu baru sahaja melangkah keluar dari bilik dimana isterinya ditempatkan.
Hari ini dia bertekad untuk bertemu dengan cinta hatinya itu. Meskipun hanya sebentar sahaja, dia tetap mahu menjenguk wanita itu.
Bantuan dari Rayqal dan Raihan juga telah memudahkan lagi urusannya. Kedua jejaka itu membantunya untuk melawat Safiyah secara dalam diam. Pada mulanya, mereka berdua tidak setuju kerana mereka tahu apa akibatnya jika mereka bersubahat untuk membantu Rayden. Namun, kerasa rasa kasihan dan simpati melihat Rayden merayu, akhirnya diturutkan juga.
Namun mereka tidak menjamin jika rancangan itu akan berjaya. Kerana semuanya bergantung kepada waktu dan nasib yang baik.
"Ready, Ray." Suara garau Rayqal yang datang dari earpiece yang dipakai oleh Rayden, menyentakkan lelaki itu dari lamunannya.
Dia berdehem seketika sebelum membalas ringkas. "Hmm."
Cap di kepala ditarik ke bawah sehingga menutupi dahi dan matanya manakala zip jaket hitam yang disarung pada tubuhnya ditarik naik ke atas.
Seketika muncul kelibat Rayqal dan Raihan yang melintasinya sambil memberi isyarat tangan kepada tangannya.
Raihan menuju ke arah Puan Samsiah dan Encik Azman membawa mereka ke kafe manakala Rayqal pula menuju ke arah pengawal-pengawal yang berada di situ sambil membisikkan sesuatu pada telinga mereka sehingga mereka semua beransur pergi dari situ.
Setelah keadaan sudah dipastikan selamat, Rayqal menggamit Rayden dari jauh.
Dengan perlahan, dia melangkah ke arah Rayqal namun baru sahaja dua tapak dia melangkah, tiba-tiba lengannya ditahan oleh seseorang dari arah belakang sekaligus menghentikan langkahnya.
"Ray?" Panggil Noah.
Nafas dihela lega apabila individu itu ialah sahabatnya dan bukannya Tuan Rasyidi mahupun Encik Azman.
Dia berpaling ke belakang seraya menarik perlahan lengannya dari pegangan Noah.
"Hmm."
"Kau nak jumpa Fiya ke?" Soal jejaka itu.
Rayden mengangguk sekilas.
Noah mengeluh perlahan. "Kalau nak jumpa dia, kau kena cepat sebab Daddy kau dah on the way ke sini." Pesan Noah prihatin.
"Thanks." Balas Rayden sepatah dan sejurus itu kaki panjangnya melangkah ke destinasinya semula.
Manakala Noah hanya menghantar pemergian Rayden melalui matanya. Dia juga mengharapkan yang terbaik buat sahabatnya itu. Kerana sepanjang Safiyah di dalam koma, Rayden telah berubah secara mendadak. Lelaki itu lebih banyak mendiamkan diri. Pakaian dan makan minumnya juga sudah tidak terurus. Jambang-jambang halus pada wajahnya sudah semakin menebal. Ditanya sepatah hanya sepatah juga yang dibalasnya dan kadang-kadang langsung tidak dibalas. Hanya air mata sahaja yang setia menemani lelaki itu saban hari. Hal kerjanya juga sudah tidak dipedulikan lagi. Diberikan seratus peratus urusan itu kepada Rayqal dan yang lain-lain untuk menguruskan semua itu. Langsung tidak seperti Rayden yang dahulu. Rayden yang dia kenal.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...