💘BAB - 42

35.2K 971 125
                                    

"Abang." Panggil Safiyah lembut.

Namun kelibat Rayden di dalam bilik tidur mereka tiada. Setahu dia sebelum dia turun untuk menyediakan sarapan tadi suaminya itu masih tidur. Tetapi sekarang tidak ada pula.

Memikirkan yang lelaki itu mungkin sedang mandi, dia menuju ke pintu bilik air mereka lalu diketuk perlahan daun pintu tersebut.

"Abang, Fiya dah siapkan sarapan." Dia berkata sambil melekapkan sebelah telinganya pada pintu bilik air tersebut.

Hairan. Tiada bunyi air pun. Macam tak ada orang je.

"Abang." Panggilnya lagi

Sepi.

"Aikk pergi mana pulak laki aku ni?" Gumamnya perlahan seraya melangkah keluar dari situ.

Kini pejabat lelaki itu pula dituju. Mungkin Rayden ada di sana.

Klak.

Safiyah menjengulkan sedikit kepalanya bagi mencari kelibat suaminya.

Kosong.

Safiyah mengeluh perlahan. Sudahlah rumah ni besar. Mujur sahaja ada lif. Rayden pun satu. Menghilang begitu sahaja.

Dia berhenti seketika di hadapan lif memikirkan keberadaan lelaki itu. Seketika dia teringat akan satu lagi tempat yang belum dia pergi.

Gym!

Ya! Mungkin Rayden ada di situ. Dengan penuh harapan dia memasuki perut lif lalu butang nombor 4 ditekan. Hoho. Dah ada lif buat apa guna tangga meskipun hanya satu tingkat sahaja berbeza. Gunakanlah segala kemudahan yang ada dengan sebaik yang mungkin.

Setibanya di tingkat 4, dia terus melangkah menuju ke gym. Pintu kaca bilik itu ditolak sedikit sebelum kepalanya dijengukkan bagi mencari kelibat Rayden.

Dan sebaik sahaja dia menoleh ke kiri matanya disajikan dengan pemandangan yang menyekat saluran pernafasannya.

Rayden yang sedang melakukan push up hanya dengan mengenakan sehelai sweatpants berwarna kelabu tanpa sebarang baju di tubuh kekarnya dipandang tanpa berkelip.

Peluh yang mengalir pada setiap inci tubuh kekar lelaki itu dipandang teruja. Rambut messy Rayden juga turut beralun seiring dengan pergerakannya.

Seksinya!

Aummmm!

Berbeza pula bagi Rayden. Dia yang sudah mengetahui akan kehadiran Safiyah hanya meneruskan aktivitinya tanpa menghiraukan wanita tersebut. Meskipun ketika ini dia membelakangi Safiyah, tetapi dia dapat mengenal pasti akan haruman tubuh isterinya itu tanpa perlu dia menoleh ke belakang.

Bibirnya melorekkan senyuman yang sinis.

Seems like someone enjoy her view huh?

Dia tahu dan sedar akan Safiyah yang masih leka merenungnya. Seketika akalnya terdetik untuk mengenakan wanita tersebut.

Dia berhenti dari melakukan push up, lalu berpusing dan duduk bersila menghadap Safiyah sambil tersenyum sinis. Peluh yang mengalir dari dahi sehingga ke tubuh berototnya dibiarkan begitu sahaja.

Wajah terkejut Safiyah yang menyapa pemandangannya membuatkan dia menahan tawa.

Seronok ye intai orang bersenam?

Safiyah yang tidak menyangka bahawa Rayden sedar akan kehadirannya di situ segera menundukkan wajahnya yang merah padam.

Malu! Kantoi skodeng suami sendiri. Dan pada masa yang sama tidak kuat untuk memandang abdomen Rayden yang berketul-ketul itu. Six packs u ollsss!!!

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now