💘BAB - 54

24.9K 835 27
                                    

Beg pakaian dimasukkan dan disusun di dalam bonet kereta lalu ditutup dan kaki panjangnya melangkah ke arah anak-anak buahnya yang sedang berkawal di hadapan kawasan mansionnya. Melihat Rayden yang sedang menuju ke arah mereka, lantas masing-masing menundukkan kepala sebagai tanda hormat kepada bos mereka itu. Rayden hanya membalas dengan anggukan dan pandangan yang dingin lalu beberapa pesanan dititipkan buat anak-anak buahnya itu. 

Safiyah hanya menghiraukan perkara tersebut lalu melangkah masuk ke tempat duduk penumpang dan bermain dengan telefon bimbitnya. Namun, sebuah pesanan mesej dari satu nombor yang tidak dikenali menarik perhatian wanita itu. Mesej tersebut dibuka lalu dibaca.

Private number,
Kau akan menyesal bila kau tahu siapa suami kau yang sebenar, Safiyah. 

Terus telefonnya dimatikan bersama jantung yang berdebar laju. Apakah maksud pesanan tersebut? Dia tidak faham. Dia akan menyesal apabila mengetahui siapa Rayden yang sebenarnya? Apakah semua ini? Dia mula menjadi resah dan tertanya-tanya akan maksud mesej itu tadi. Hatinya mula berbelah bahagi untuk mempercayai mesej tersebut ataupun mempercayai Rayden iaitu suaminya sendiri. 

Sedang dia asyik memikirkan perkara tersebut, tiba-tiba lengannya ditarik sedikit kuat oleh Rayden menyebabkan dia terus tersentak lantas merentap laju lengannya dari pegangan suaminya itu.

"Sayang? Kenapa ni? Abang panggil banyak kali pun tak dengar. Sayang fikir apa?" Tanya Rayden mendatar sambil anak mata hazelnya tidak lepas dari meneliti seraut wajah Safiyah yang kelihatan sedikit pucat pada pandangannya. Hatinya kuat mengatakan wanita itu sedang menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya.

Safiyah mengukirkan senyuman yang manis cuba mengusir perasaannya yang sedang bercelaru dan gusar. 

"Sorry abang, Fiya tak dengar hehe. Fiya tengah fikir tak sabar nak jumpa umi dengan abah." Bohong Safiyah. Nada suaranya dikawal dengan sebaik mungkin agar tidak tertangkap oleh Rayden. 

Rayden memincingkan matanya menatap tajam wajah isterinya itu sebelum rahang wanita itu dicengkam mendongak ke arahnya. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Dia menggerakkan sedikit wajahnya ke hadapan sehingga hidung mereka bersentuhan dan dapat dirasakan deruan nafas antara mereka berdua. Jika salah seorang dari mereka bergerak, maka bibir mereka akan tercantum. 

Sebelah tangan Safiyah automatik naik menahan dada tegap Rayden manakala sebelah lagi tangannya memegang pergelangan tangan lelaki itu. Cuba merungkaikan cengkaman Rayden pada rahangnya.

Rayden menyegetkan sedikit kepalanya ke kanan lantas pinggang ramping Safiyah disauk kasar sehingga tubuh wanita itu melekat pada tubuh tegapnya. "Aku paling benci penipu dalam hidup aku, jadi jangan sesekali cuba nak menipu aku kalau kau tak nak tengok aku naik baran." Bisiknya keras tepat di hadapan bibir merah jambu Safiyah sambil matanya tidak lepas memandang tajam wajah takut Safiyah. Pinggang wanita itu turut diramas kasar dan kuat sehingga terdengar Safiyah mendesis kesakitan bersama kening yang berkerut menahan sakit. 

"Fiya tak tipu. Betul, Fiya tak dengar abang panggil tadi. Please, abang lepaskan Fiya, sakit abang." Rayu Safiyah bersama suara yang lirih. Untuk meredakan amarah Rayden, dia perlu memujuk dengan selembut yang mungkin agar lelaki itu tidak bertindak kasar terhadap tubuhnya. 

Namun, pujukan dan rayuan itu langsung tidak terkesan kepada Rayden kerana dia tahu Safiyah sedang menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya sekarang ini. Dia boleh sahaja memeriksa telefon Safiyah, namun dia lebih memilih untuk mendengar sendiri dari mulut wanita itu. Kerana apa yang dia risaukan sekarang ini ialah musuhnya sudah mula mengambil langkah dengan cuba untuk mempengaruhi Safiyah. 

"Perlu ke abang percayakan sayang? Apa jaminan yang abang dapat kalau abang lepaskan sayang? Hmm?" Kini nama panggilan mereka sudah ditukar semula namun tangannya semakin liar bekerja pada tubuh Safiyah. 

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now