💘BAB - 35

41.1K 1K 87
                                    

"Siamo arrivati, capo. (We have arrived, boss)."

"Hmm." Rayden hanya mengumam perlahan.

Pintu kereta dibuka lalu dia turun terlebih dahulu dan bergerak menuju ke bahagian tempat duduk Safiyah.

Tubuh disandarkan pada tepi pintu pacuan empat roda itu sambil kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar slack hitamnya dan isyarat mata diberikan kepada Marshall yang sedang mengeluarkan barang dari bonet kereta.

Jejaka Itali itu hanya mengangguk sekilas dan terus melangkah masuk ke dalam kawasan mewah mansion milik Rayden bersama beg-beg yang turut dibawanya.

Klak!

Rayden menoleh ke tepi tatkala pintu dibuka.

Safiyah melangkah keluar lalu menjeling tajam ke arahnya.

Cis! Aku ingatkan nak tolong bukakkan pintu. Beria aku tunggu dia bukak pintu. Tak gentleman langsung!

Getusnya di dalam hati.

"Aku bukannya lelaki yang gentleman. Tapi kalau kau nak aku jadi gentleman boleh je." Jawab Rayden bersahaja seolah-olah dia tahu isi hati gadis itu.

Dia tersenyum senget melihat reaksi terkejut isterinya.

Safiyah pantas menoleh memandang suaminya bersama wajah yang terkejut apabila mendengar butir bicara lelaki itu.

Macam mana Rayden boleh tahu isi hatinya? Sebelum-sebelum ini pun sama. Adakah dia telah berkahwin dengan seorang vampire? Adakah suaminya ini merupakan Edward Cullen yang menjelma di dalam rupa Rayden Rafiqi?

Omooooo!

Patutkah dia gembira kerana lelaki itu ialah Edward Cullen ataupun berasa takut kerana dia telah berkahwin dengan seorang vampire?

"A-awak---"

"Kenapa? Terkejut? Well, aku bukan Edward Cullen tapi aku Rayden Rafiqi Zachary yang akan hisap darah manis kau tu!"

Serentak itu dia menerpa ke arah Safiyah bersama wajah yang mengeringai lalu tubuh kecil itu diangkat tinggi dan dilambung seperti anak kecil lalu disambut kembali.

"Arghhhhhhhh!!!"

Bergema ruangan garaj itu dengan suara jeritan Safiyah yang kuat.

Menggigil seluruh tubuhnya dilakukan seperti itu. Terasa jantungnya boleh melompat keluar pada bila-bila masa sahaja.

Dia menyembamkan wajah pada bahu kekar Rayden sambil kakinya berlingkar erat di sisi pinggang suaminya.

Gila!

Dia fikir aku ni baby ke?

Hampir putus segala urat sarafnya apabila dilambung begitu.

Sekiranya Rayden tidak sempat menyambut tubuhnya tadi dan dia meninggal serta-merta di tempat itu dia berjanji dia akan menuntut bela di atas kematian dirinya sendiri.

Aku jadi hantu, aku kacau hidup kau!

"Gentleman tak sayang?" Bisik Rayden ditepi telinganya.

Dapat Safiyah dengar gelak tawa sinis lelaki itu yang seakan-akan mengejeknya.

Dek kerana terlalu geram dengan perbuatan Rayden kepadanya sebentar tadi, telinga kanan lelaki itu digigit kuat tanpa belas kasihan.

"Arghhhh!"

Terlepas pautan tangannya pada tubuh Safiyah lalu telinga yang menjadi mangsa gigitan gadis itu digosok-gosok berulang kali bagi mengurangkan rasa sakit.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now