Mercedes AMG silver yang dipandu oleh Rayden mula memasuki perkarangan banglo milik Tuan Rasyidi.
Enjin kereta dimatikan sebelum tali pinggang keledar yang melilit tubuhnya dibuka. Rambut hitamnya dirapikan terlebih dahulu lalu Iphone dan beg dompetnya dicapai.
Pintu kereta dibuka sebelum dia melangkah keluar dengan penuh bergaya. Kolar t-shirt polo yang dipakainya dibetulkan sedikit dengan gaya yang macho. Dada ditabik tinggi.
Acewahhh! Peeewitt!
Dia punya gaya macamlah ada peminat perempuan dekat situ. Tetapi yang ada cuma pengawal peribadi dan anak-anak buahnya sahaja yang berkawal di situ.
Safiyah yang masih di dalam kereta lelaki itu mencebik bibir melihat Rayden yang kelihatan seperti sedang syok sendiri.
Dia juga turut membuka pintu kereta di bahagian tempat duduknya lalu melangkah keluar dari perut Mercedes AMG itu.
Nak harapkan Rayden bukakkan pintu untuk dia? Memang berkurunlah jawabnya nak tunggu lelaki itu bukakkan pintu. Tengah sibuk syok sendiri adalah. Lagipun tak apa, dia tidak suka orang bukakkan pintu kereta untuknya. Kerana dia sudah terbiasa melakukan semua itu seorang diri. Lagipula dia masih ada tangan dan kaki.
"Aik dah turun dah? Abang Baru nak tolong bukakkan. Siapa yang tolong bukakkan pintu tu?" Tegur Rayden setelah selesai berbangga dengan dirinya sendiri.
"Tangan saya yang bukakkan." Sindir Safiyah pedas. Sudah terang lagi bersuluh kan dia yang bukak sendiri, lagi sengaja ditanya soalan kurang cerdik seperti itu.
"Uishhh garangnya. Nak tahu something tak sayang?" Tanya Rayden dengan senyuman yang misteri meniti di bibirnya.
"Tak nak." Jawab Safiyah ringkas. Malas mahu melayan lelaki itu. Kalau dilayan makin menjadi-jadi.
Melihat Safiyah yang acuh tidak acuh melayannya, pantas tubuhnya didekatkan sedikit dengan tubuh kecil Safiyah lalu dengan sengaja bahu wanita itu disenggol dengan bahu tegapnya.
"Ishh." Sebuah jelingan tajam dihadiahkan buat lelaki itu.
Sudahlah dia tiada mood sekarang ini. Semua ini salah Rayden.
"Alaa sayang tanyalah apa yang abang nak bagitahu tu. Tanyalah tanyalah." Gesa Rayden. Bahu wanita itu disenggol berkali-kali dengan bahu tegapnya. Tidak kisah dengan jelingan tajam isterinya itu.
Safiyah merengus perlahan. Geram pulak bahu kena tolak-tolak ni. Gedik betul Rayden ni. Muka ganas tapi gediknya tak boleh dibawa bincang.
Bersama wajah yang malas dia layankan sahaja perangai Rayden yang seakan-akan mahu meminta penampar darinya.
"Abang nak cakap apa?" Soalnya acuh tidak acuh.
Rayden tersengih kecil sebelum wajahnya ditundukkan menyamai paras wajah Safiyah.
"Abang tak suka bukakkan pintu untuk sayang. Tapi, abang suka kalau bukakkan baju sayang. Aummm." Bisiknya nakal seraya mengeyitkan sebelah matanya buat wanita itu. Telinga Safiyah yang ditutup dengan sehelai tudung bawal putih turut dicium lembut sebelum tubuh tegapnya ditegakkan kembali.
Dia tersenyum sinis tatkala wajah putih Safiyah mula berona merah.
Malu le tuww.
"Eeee abang ni! Kalau tak jadi miang sehari tak boleh ke?" Telinganya yang dicium lelaki itu digosok kasar.
Memang mintak penampar betullah si Rayden ni.
"Tak boleh." Balas Rayden bersahaja.
Safiyah memincingkan matanya ke arah Rayden sebelum dia membuka langkah meninggalkan lelaki itu di belakang seorang diri.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...