Tok!
Tok!
Tok!
"Ray?" Cermin kereta Rayden diketuk berkali-kali oleh Alan yang berdiri di sebelah kereta lelaki itu.
"Sayang..jangan tinggal abang..sayang.." Rayden meracau perlahan di dalam tidurnya bersama wajah yang disembamkan pada stereng kereta. Meskipun matanya terpejam rapat, namun air matanya deras mengalir menuruni wajahnya.
"Ray! Bangun!" Bersama ketukan yang kuat, Alan memanggil lelaki itu dengan suara yang tinggi sehingga Rayden tersentak dari tidurnya.
Dengan keadaan yang terkejut, pantas lelaki itu membuka pintu keretanya lalu menerpa ke arah Alan sehingga jejaka bermata biru itu terundur beberapa tapak ke belakang dek kerana tidak bersedia dengan terjahan dari Rayden itu.
"Alan, Fiya mana? Fiya tak tinggalkan aku kan? Isteri dan anak aku masih ada kan? Kenapa kau ada dekat sini?! Kau nak bagitahu yang Fiya dah tak ada?! Kau nak bagitahu tu kan?! Aku tak percaya!" Bersama mata yang memerah, dia merenung tajam wajah sedih Alan.
"Istighfar Ray. Istighfar, ingat Allah. Jangan macam ni." Pujuk Alan lembut.
Rayden menggeleng laju.
"Tak nak! Aku nak jumpa Fiya! Aku nak jumpa isteri aku! Dia tak boleh tinggalkan aku! Tak boleh!" Jeritnya kuat.
"Kau mimpi, Ray. Kau tertidur tadi. Aku follow kau dari belakang sebab aku risau. Aku risau kau hilang kawalan. Isteri dan anak kau ada. Diorang masih ada. Diorang tak tinggalkan kau. Noah tengah rawat Fiya sekarang ni. Istighfar, Ray. Kau terbawa-bawa dalam mimpi." Alan tahu Rayden bermimpi sebentar tadi. Dan dia juga tahu Rayden pasti akan hilang kendali. Oleh sebab itu, dia mengekori sahabatnya itu sejak dari hospital bagi memantau keadaan Rayden. Dia bimbang andai berlakunya perkara yang tidak diingini kepada sahabatnya.
Rayden tersandar lemah pada pintu kereta. Dan dengan perlahan, dia melorot jatuh ke jalan tar itu. Lutut dibawa rapat ke dada sambil rambutnya diramas kasar.
"Aku takut Alan..aku takut..aku takut kalau Fiya tinggalkan aku..aku tak boleh hidup tanpa dia..aku cintakan dia..aku sayangkan dia..aku cuma nak dia sahaja dalam hidup aku..aku takut..aku lemah tanpa dia..tadi aku mimpi dia tinggalkan aku..aku takut Alan.." Rintihnya penuh pilu dan sayu.
Dia takut andai perkara itu terjadi. Sungguh dia tidak kuat untuk menghadapi perkara yang paling ditakutinya itu.
Alan duduk bertinggung di hadapan Rayden, dan dengan lembut dia memeluk Rayden seraya menyalurkan kekuatan buat sahabatnya itu. Bahu lelaki itu dielus perlahan.
"Tak, dia tak akan tinggalkan kau. Fiya kuat. Dia sangat kuat. Dia wanita yang terkuat aku pernah jumpa. Dia tak akan mudah mengalah. Jadi sebagai suami, kau pun kena kuat. Jangan mudah mengalah dengan emosi kau. Fiya sekarang perlukan doa dan semangat dari kau untuk dia teruskan berjuang."
"Aku nak teman dia..aku nak pergi sana balik.." Rayden menatap sayu wajah sedih Alan.
"Aku sarankan kau balik rumah dulu. Kalau kau pergi sekarang ni pun, kau tak boleh jumpa dia. Keadaan tengah tegang sekarang ni. Biarkan keluarga dia dekat sana dulu. Kau balik bersihkan diri dan jangan lupa buat solat hajat untuk dia. Minta agar Allah beri kekuatan kepada dia. Minta agar hati keluarga dia dilembutkan supaya mereka benarkan kau jumpa dia lagi." Jujur dari lubuk hati yang dalam, Alan juga hampir menitiskan air mata melihat keadaan Rayden ketika ini. Namun, dia hanya mampu menyalurkan kata-kata semangat buat lelaki itu agar kuat dan tabah dalam menempuh ujian yang diturunkan kepadanya.
Rayden teresak di dalam dakapan Alan. "Kenapa? Kenapa aku diuji macam ni? Kenapa, Alan? Aku tahu aku salah dan aku yang punca Fiya jadi macam ni..aku tahu..aku jahat..aku bunuh anak aku sendiri..aku terlalu ikutkan nafsu sampai aku tak pedulikan langsung setiap rintihan Fiya..aku dayus..tapi kenapa perlu pisahkan aku dengan dia? Kenapa perlu halang aku dari jumpa isteri aku sendiri? Aku nak tengok anak aku buat kali terakhir..aku nak tunggu sampai Fiya sedar..tapi diorang halang aku..diorang nak pisahkan aku dengan Fiya.." Segala yang terbuku di lubuk hatinya diluahkan kepada Alan.
Alan mengukirkan sebuah senyuman yang nipis buat Rayden. "Listen here, Ray. Allah uji kau sebab Dia tahu kau mampu tanggung ujian ni. Setiap ujian yang Dia beri kepada Hamba-Nya, semuanya ada hikmah yang tersembunyi tanpa kita sedar. Allah nak kau sentiasa berdoa kepada Dia. Allah nak tengok setakat mana cinta dan kasih kau dekat Fiya dan Allah nak bagitahu kau supaya lebih menghargai dia selepas ni. Setiap percintaan di dalam dunia ini pasti akan diuji, Ray. Cuma yang membezakan kau dengan pasangan yang lain ialah cara kau menghadapi ujian tu. Dan satu-satunya cara ialah kau kena kembali kepada Dia semula. Kalau Fiya boleh bertahan dan kuat, kau pun mesti boleh bertahan dan kuat. Aku tahu kau boleh, Ray."
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...