Jari telunjuk milik Fetty yang sedang bergerak-gerak perlahan itu menarik perhatian Safiyah yang sedang membalas chat dengan Rayden.
Telefon bimbitnya segera diletakkan di atas meja bersebelahan dengan katil yang didiami Fetty.
"Fetty, kau boleh dengar aku tak?"
Fetty yang mendengar suara lembut milik Safiyah itu perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Silauan lampu di siling bilik mewah itu menyukarkan kelopak matanya dibuka luas. Namun, dia mencuba lagi untuk melihat wajah sahabatnya dengan lebih jelas.
Safiyah segera menekan butang kecil berwarna merah di sisi katil Fetty untuk memanggil doktor.
"F-fiya..." Panggil Fetty perlahan dengan suara yang serak.
"Ye beb, aku kat sini. Tunggu kejap nanti doktor datang okay?" Lembut Safiyah membalas dengan senyuman gembira yang meniti di bibir munggilnya.
Alhamdulillah.
Sahabatnya sudah sedar setelah semalaman tidak sedarkan diri.
"A-aalan.." Sebut Fetty perlahan sambil memandang ke arah Safiyah yang berdiri di sebelahnya.
"Bertuah punya member. Dalam banyak-banyak benda, mamat omputih tu jugak kau cari kan?" Kepala digeleng perlahan dengan sikap Fetty. Masih sakit pun gigih hendak berjumpa dengan pakwe kesayangan dia tu.
"Heeeeeee.." Sengih Fetty lalu cuba membangunkan dirinya kerana lenguh berbaring.
Safiyah segera membantu Fetty untuk bersandar di kepala katil yang besar dan mewah itu.
"Nak apa-apa tak?" Soal Safiyah setelah Fetty berjaya bangkit dari baringannya.
"Air." Jawab Fetty sepatah. Tekaknya terasa kering dan haus setelah sedar dari tidurnya yang panjang.
Air mineral yang sudah tersedia itu dituang ke dalam gelas sebelum dihulurkan kepada sahabatnya itu.
Air yang dihulurkan oleh Safiyah diteguk dengan rakus.
"Pelan-pelan lah woi! Ni kalau Alan tengok kau minum gelojoh macam ni dia auto reject kau tau." Tegur Safiyah sambil bercekak pinggang.
Tahulah dahaga, tapi sopanlah sikit minumnya tu. Dibuatnya mamat omputih tu tiba-tiba masuk, meraung nanti jadinya pasal kena reject.
Fetty hanya menayangkan sengihan lebar sehingga menampakkan barisan gigi putihnya itu.
Gelas dihulur semula kepada Safiyah sebelum ianya bertukar tangan.
"Saya hauslah doktor Fiya yang cantik manis. Jangan lah marah-marah nanti lari tunang doktor tu kang." Sengaja dia mengusik sahabatnya itu. Rindu dua hari tak jumpa hihihi.
Safiyah mengecilkan matanya memandang Fetty yang tersenyum lebar itu.
Apa minah ni tak nak tanya ke macam mana dia boleh ada dekat hospital? Tak ada rasa nak menjerit, trauma atau menangis ke lepas hampir kena rompak dan hampir kena rogol? Ke budak ni lupa apa dah jadi?
Hairan Safiyah dibuatnya apabila sahabatnya itu bereaksi seakan-akan tiada apa yang buruk telah berlaku.
"Kau tak rasa trauma atau rasa nak menangis, menjerit tak?" Safiyah terus bertanya tanpa berdolak dalih.
Berkerut dahi licin Fetty apabila diaju soalan sebegitu.
Trauma?
Menangis?
Menjerit?
Kenapa dia perlu rasa semua itu? Nak trauma sebab apa? Menangis, menjerit sebab apa?
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...