💘BAB - 41

35.2K 891 130
                                    

"Sayang."

Teguran suara dingin dan mendatar yang datang dari arah belakang membuatkan Safiyah dan Farhan menoleh ke arah tersebut.

Dilihat Rayden sedang menuju ke arah mereka bersama riak wajah yang dingin dan tegang.

Safiyah menelan kesat air liurnya apabila lelaki itu semakin mendekat. Jantungnya semakin berdetak hebat saat Rayden sudah berdiri di sebelahnya dan sebelah tangan lelaki itu memaut erat pinggang rampingnya sehingga terdorong pada sisi tubuh lelaki itu. Lebih menakutkan apabila Rayden mula meramas kuat sisi pinggang Safiyah seolah-olah memberitahu bahawa lelaki itu sedang marah.

"Abang." Tegur Safiyah perlahan.

Rayden menjongketkan sebelah keningnya kepada Safiyah sebelum matanya dihalakan pula pada wajah hairan Farhan.

Barangkali lelaki itu terkejut melihat Safiyah dipeluk oleh seorang lelaki secara tiba-tiba.

"Siapa ni sayang?" Soal Rayden dingin. Dapat dilihat dengan ketara urat-urat hijau yang mula timbul di leher Rayden.

Sebenarnya dia sudah tiba di sini lagi ketika isterinya dipegang erat oleh Farhan saat wanita itu mahu terjatuh ketika dirempuh oleh lelaki itu. Pada mulanya dia tidak berasa apa-apa kerana dia tahu lelaki itu hanya mahu membantu isterinya. Namun hatinya mula membara saat mereka berdua berbual dan bergelak ketawa dengan mesra. Dia menjadi panas dan tidak suka melihat kemesraan Safiyah dengan lelaki tersebut. Nampaknya Safiyah harus diberi pengajaran yang berat barangkali? Biar isterinya itu serik untuk bergaul dengan lelaki selain dari dirinya?

"Ni Farhan kawan Fiya masa dekat sekolah dulu." Terang Safiyah lembut meskipun jantungnya seakan-akan mahu melompat keluar.

"Farhan, ini Rayden suami Fiya." Terang Safiyah kepada Farhan pula.

Farhan mengangguk sekilas lalu tangan kanannya dihulur kepada Rayden sebagai tanda bersalaman.

Rayden memandang dingin huluran itu beberapa saat sebelum dia menyambutnya juga.

"Rayden Rafiqi. Her husband."

"Farhan Hakimi."

Terketar-ketar suara Farhan saat memperkenalkan dirinya kepada Rayden. Ini kerana dia dapat rasakan aura yang lain dari lelaki itu. Pandangan membunuh Rayden seolah-olah memberitahunya agar tidak mendekati Safiyah lagi kerana wanita itu hak milik Rayden.

"Ermm Fiya, Farhan dah kena pergi ni ada hal. InsyaAllah ada rezeki berjumpa lagi. Saya pergi dulu ye. Assalammualaikum."

"Waalaikumussalam. Hati-hati memandu ye Farhan." Hanya Safiyah sahaja yang menjawab salam lelaki itu.

"Baik. Awak berdua pun." Farhan tersenyum dan mengangguk sekilas kepada pasangan itu sebelum dia melangkah pergi.

Cepat-cepat dia melangkah tanpa menoleh semula ke belakang. Safiyah ni menikah dengan manusia ke dengan singa?

Terasa dirinya diperhatikan, dengan perlahan dia mendongak memandang Rayden yang sedang menatapnya tajam.

Gulp!

"Abang..Fiya bol---"

"Balik." Pintas Rayden dingin. Dia berlalu meninggalkan Safiyah yang terkulat-kulat di belakang.

"Ya Allah. Lembutkanlah hati dia." Nafas dihela perlahan sebelum kakinya mengikut juga langkah suaminya yang sudah berada di hadapan.

Ya, Rayden memang marah sehinggakan troli juga ditinggalkan bersama Safiyah.

Setelah selesai membuat pembayaran, mereka menuju semula ke kereta lalu dimasukkan barang-barang yang telah dibeli ke dalam bonet kereta. Hanya Safiyah sahaja yang melakukan semua itu manakala Rayden awal-awal lagi sudah duduk di tempatnya.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now