💘BAB - 14

29.6K 1.1K 31
                                    

Bukankah gadis ini...      

"Siapa nama ibu dan ayah kamu?" Tuan Rasyidi menyoal Safiyah dengan nada yang tegas.

Rayden yang hendak mencelah itu ditahan oleh Tuan Rasyidi. Dia sepatutnya back up Safiyah kerana dia yang mengajak Safiyah untuk berkahwin.

Semakin bertambah kerutan di dahi Rayden apabila soalan itu diutarakan oleh Daddy nya. Mengapa Daddy tanya nama ibu ayah Safiyah? Siapa gadis ini sebenarnya?

Safiyah yang juga tercengang dengan soalan itu tetap juga menjawabnya dengan nada yang lembut dan sopan walaupun ketakutan lebih menguasai dirinya ketika ini.

"Nama abah saya Mohd Azman, nama umi pula Nor Samsiah."

Tuan Rasyidi dan Puan Raishah saling berpandangan sebelum Puan Raishah meluru ke arah Safiyah lalu dipeluk erat tubuh kecil gadis tersebut.

Walaupun Safiyah masih terkejut dan tidak mengerti dengan apa yang sedang berlaku tetapi dia tetap juga membalas pelukan wanita itu yang nampak sebaya dengan uminya.

Rayden dan Rayqal pula tergamam melihat kedua wanita itu yang sedang berpelukan.

Rayden menoleh ke arah Tuan Rasyidi dengan dahi yang berkerut seribu seolah-olah meminta penjelasan dari lelaki separuh usia itu.

Tuan Rasyidi hanya menayangkan senyuman nipis sebelum menepuk bahu anak lelakinya itu beberapa kali.

"Sudah-sudahlah peluk anak Azman dengan Samsiah tu. Tak bernafas karang budak tu nanti nak jawab apa dekat umi dengan walid dia." Tegur Tuan Rasyidi tenang kepada isterinya yang masih tidak mahu melepaskan tubuh Safiyah.

Puan Raishah yang mendengar itu segera meleraikan pelukannya ke atas tubuh Safiyah bersama senyuman yang manis dihadiahkan kepada gadis itu.

"Maaf ye Safiyah, Mummy excited pula tadi. Jemputlah masuk kita sembang-sembang dekat dalam." Lengan gadis yang berlapik dengan baju kurung itu dipegang lalu ditarik perlahan agar mengikut langkahnya memasuki rumah.

"What?! Mummy?" Rayden dan Rayqal bercakap serentak sambil memandang pelik ke arah Puan Raishah. Jarang sangat Puan Raishah hendak menggelarkan dirinya Mummy kepada orang luar selain anak-anaknya.

"Tak payah nak terkejut sangat. Masuk cepat kalau tak Daddy kunci pintu biar kau berdua duduk luar jaga rumah malam ni." Ujar Tuan Rasyidi seraya melangkah masuk mengikuti langkah isterinya.

"Mummy dan Daddy kenal ke dengan awek kau tu?" Soal Rayqal setelah kelibat Tuan Rasyidi hilang dari pandangan mereka berdua.

"Kalau aku tahu muka aku takkan terkejut macam muka hodoh kau tu tadi." Rayden menjawab tenang sambil melangkah masuk ke dalam rumah lalu pintu dikunci rapat membiarkan adiknya seorang diri di luar.

"Woi bangang! Buka pintu ni! Dasar luh abang tak guna! Cepatlah buka aku takut ni! Dah rasa seram sejuk dah ni. Cepatlah buka Rayden babi!" Daun pintu diketuk berkali-kali sambil kaki menendang-nendang pintu tersebut.

Rayden yang berada di sebalik pintu tertawa jahat mendengar jeritan Rayqal yang sememangnya penakut itu sebelum tawanya mati apabila Tuan Rasyidi memandang tajam ke arahnya.

Rayden tersengih sumbing sambil menggaru belakang kepala yang tidak gatal lalu kunci dibuka sebelum langkah dibuka laju melarikan diri. 

Bukk!

Rayqal yang sedang bersandar rapat pada pintu jatuh tersembam ke atas lantai kerana tidak sempat mengimbangi badannya.

"Aduh! Sial punya abang!" Jerit Rayqal sambil mengusap-usap mukanya yang telah mencium lantai sebentar tadi.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now