💘BAB - 38

39.5K 1K 180
                                    

Bunyi deringan telefon bimbit milik Rayden menyentakkan Safiyah dari lenanya. Kepala yang terasa berat diurut beberapa kali sebelum matanya tertancap pada jam di dinding.

11.20 a.m

Membulat besar matanya saat melihat waktu yang tertera di jam tersebut.

"Ya Allah, dah pukul sebelas!" Ujarnya perlahan lantas dengan mendadak dia bangun dari baringannya.

"Awhhhh!" Dia terjerit kecil saat bahagian bawahnya terasa sakit dan ngilu ketika dia cuba bergerak.

"Ssss sakitnya."

Secara tidak sedar, air matanya perlahan menuruni pipi gebunya.

Comforter digenggam erat sambil bibir bawahnya digigit cuba mengatasi rasa sakit pada bahagian bawahnya.

Rayden yang ketika itu masih diulit mimpi terjaga saat terdengar esakan kecil Safiyah menyapa pendengarannya.

Pantas dia bangun dan mendekati gadis itu.

Gadis? Hmmm. Masih gadiskah?

"Hey kenapa menangis ni? Hmm?" Soalnya prihatin. Tubuh kecil Safiyah ditarik perlahan ke dalam pelukan hangatnya dan ubun-ubun wanita itu dicium lembut.

Dapat dia agak sebab isterinya itu menangis setelah matanya terpandang ke arah tompokan darah yang melekat pada cadar mereka.

Bibirnya perlahan melorekkan sebuah senyuman yang sinis dan misteri.

Safiyah kini sudah menjadi miliknya yang mutlak.

Wajahnya kembali ditundukkan ke bawah melihat Safiyah yang masih memeluk erat tubuh sasanya dengan kepala wanita itu disembamkan di dada bidangnya.

"Abang tanya ni sayang. Tell me why you're crying?" Sengaja dia mahu mendengar jawapan dari mulut wanita itu sendiri meskipun dia tahu punca Safiyah menangis.

"Ss-sakit." Jawab Safiyah bersama suara yang serak. Kepala masih disorokkan di dada bidang lelaki itu.

"Apa yang sakit? Hmm?" Soal Rayden nakal. Kepala Safiyah dijauhkan sedikit dari dada bidangnya sebelum rambut yang menutupi wajah cantik itu disebak ke belakang.

Cantik.

Pujinya di dalam hati.

Meskipun wanita itu baru sahaja bangun dari tidurnya, tetapi pada Rayden wajah manis itu kekal cantik dengan pipi dan hidung yang kemerahan dan bibir yang basah. Sepasang mata bundar itu juga semakin cantik dipandang dengan bulu mata yang kebasahan. Benar kata sesetengah pendapat, seorang perempuan kelihatan semakin cantik saat dia menangis.

"Apa yang sakit?" Ulang Rayden kembali.

"Ff-fiya punya ni sakit." Jawab Safiyah malu. Dia semakin malu setelah teringatkan kejadian malam tadi.

Masakan dia tidak sakit sebegitu rupa apabila Rayden betul-betul mengerjakannya tanpa belas kasihan. Mujur lelaki itu mahu berhenti itupun ketika jam sudah menginjak ke angka empat pagi.

Dan dia fikirkan semua itu akan berakhir. Namun, setelah mereka selesai menunaikan solat Subuh sebentar tadi, Rayden terus mengerjakannya lagi sehingga jam berapa dia tidak pasti dan akhirnya dia tertidur tanpa sedar dek kerana tubuhnya terlalu letih.

Terasa sengal dan ngilu pada seluruh tubuhnya.

"Sakit dekat mana? Sini ke?" Bisik Rayden penuh sensual seraya memasukkan tangannya ke dalam selimut Safiyah.

Bibir basah itu dikucup sekilas sebelum bibirnya perlahan menurun ke leher wanita itu yang penuh dengan kesan gigitan yang berwarna merah dan biru keunguan.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now