💘BAB - 6

26.8K 1.1K 73
                                    

"Fetty, kau rasa betul ke location dia send ni? Besar siot company ni. Aku takutlah Fetty, macam mana kalau jadi apa-apa nanti?" Soal Safiyah sambil memandang Fetty yang asyik membetulkan shawl yang tersarung dikepalanya.

"Haih kau ni Fiya, dengar sini aku nak cakap. Kau datang sini sebab nak settle kan semua benda kan? So, lagi cepat kau turun lagi cepatlah settle semua benda tu. Lagipun ni bukan hotel yang kau nak takut sangat adui minah ni."

"Tapi, aku risau pasal bayaran tu dengan nak repair baby aku ni lagi. Teman aku please..aku takutlah nak turun sorang-sorang." Tutur Safiyah sambil menayangkan muka simpatinya.

"Ee kau ni, kan dah cakap apa-apa aku tolong nanti. Dahlah jom hishh nak kena aku juga teman. Tapi aku tunggu kat luar je tau."

"Alaaa tak nak ikut aku jumpa dia ke?" Soal Safiyah sambil membuka tali pinggang keledarnya.

"Alaa kau je lah jumpa dia. Aku tunggu kat lobi. Nanti kang tengah korang bincang aku kena jawab call. Baik aku tunggu kat lobi je."

Haih budak Safiyah ni apalah yang dia nak takut sangat.

Fetty mengeluh melihat wajah sugul Safiyah.

"Meh Mummy nak share tips dekat anak Mummy ni. Kalau brother Audi tu buat benda tak elok dekat kau, kau kick je 'tut tut' dia tu okay?" Fetty memandang ke arah Safiyah sambil menjongketkan kening ala-ala Ziana Zain.

Safiyah yang geram dengan idea sahabatnya itu lantas menampar geram lengan si Fetty yang seronok mengetawakan dia.

"Banyak lah kau hishh! Dah lah aku sorang je pergi, kau tunggu eh jangan nak tinggal aku."

Lantas kedua sahabat itu keluar dari perut kereta dengan segera.

"Woahhhh tingginya." Ujar mereka serentak sebaik sahaja mendongak melihat syarikat yang gagah berdiri di hadapan mereka.

"Weh kau rasa mamat tu keja apa eh bukan main mewah company dia ni." Soal Fetty sambil matanya sibuk melihat sekeliling syarikat tersebut.

Syarikat yang tertera "RR Holding" itu direnung dengan penuh rasa teruja. Hiasan di bahagian lobinya pun dah cukup mewah dan simple tetapi sangat elegan.

Lantas kaunter pertanyaan di bahagian lobi tersebut dituju.

"Assalamualaikum, maaf kami mengganggu boleh kami tahu ada tak pekerja bernama Rayden Rafiqi disini?" Soal Safiyah sopan sambil memandang pekerja wanita bernama Laila yang sedang tersenyum manis ke arah mereka berdua.

"Waalaikumussalam, ouh Mr Rayden Rafiqi memang bekerja disini. Boleh saya tahu cik ni Safiyah Delaila ke?" Balas wanita tersebut yang masih tersenyum ke arah mereka berdua.

"Ah ye saya Safiyah Delaila. Macam mana cik tahu ye nama saya?" Soal Safiyah yang hairan apabila wanita tersebut mengetahui namanya.

"Mr Rayden dah inform dekat saya akan kedatangan cik Safiyah dan dia suruh cik berjumpa di pejabat dia." Ujar Laila seraya keluar melangkah menuju kearah lif.

"Cik boleh pergi ke tingkat 40, tapi cik kena tunggu sekejap ye sebab Mr Rayden sekarang tengah busy sedikit.

"Baik, terima kasih ye, saya pergi dulu."  Mereka berbalas senyuman sebelum pekerja tersebut menuju semula ke tempatnya.

"Fetty tunggu aku tau. Jangan tinggal aku. Nervous ni do."

"Ye aku tunggu, tak tinggal. Alang-alang tu boleh la aku selfie kejap tata." Tangan dilambai-lambai kearah Safiyah yang mukanya kelihatan hendak menangis.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now