"Umi!!!"
"Sayang!"
Tanpa sempat Rayden memberhentikan keretanya, Safiyah terlebih dahulu membuka pintu kereta yang masih sedang bergerak dan berlari menuju ke arah Puan Samsiah lantas tubuh wanita tua itu dipeluk erat. Terkejut wanita itu dengan tindakan berani mati Safiyah. Hampir luruh jantungnya sebentar tadi melihat anak perempuannya itu berlari keluar dari kereta yang sedang dipandu oleh Rayden.
Rayden yang turut terkejut itu hanya mampu mengurut dada bersama jantung yang berdebar hebat. Dia tidak sempat menahan Safiyah kerana tumpuan diberikan sepenuhnya kepada pemanduannya. Mujur isterinya itu tidak tersandung atau terjadi apa apa yang tidak diingini.
Pap!
"Aduh, umi! Kenapa pukul kakak? Bukannya nak dipeluk malah dipukulnya pulak." Safiyah mencebikkan bibirnya ke depan sambil wajah yang muram ditayangkan kepada uminya itu. Balik balik saja dah kena pukul.
Puan Samsiah menjenggilkan anak matanya ke arah Safiyah sambil bercekak pinggang. Penyapu lidi yang dipegangnya untuk menyapu halaman tadi disua di hadapan Safiyah.
"Nampak ni? Nak umi tibai dengan penyapu ni? Kalau tersandung tadi macam mana? Budak nilah dah nak jadi mak orang dah pun perangai tak ubah-ubah." Puan Samsiah membebel geram. Hati ibu mana yang tidak risau melihat anaknya yang sedang berbadan dua itu berlari keluar dari kereta yang sedang bergerak tanpa memikirkan sebarang risiko yang bakal terjadi.
"Alaa umi ni, itu tandanya kakak rindu sangat-sangat dekat umi! Tak jadi apa apa pun kan? Umi ni overprotectivelah." Safiyah merungut perlahan. Dia bukan apa, dia teruja dapat pulang ke kampung berjumpa dengan umi dan abahnya serta adik-adiknya yang lain.
"Menjawab! Ha Rayden tengok isteri kamu ni, pesan dekat dia jangan buat macam tu lagi. Kalau terjadi apa apa dekat cucu umi, siap dia nanti." Rayden yang baru tiba di sebelah Safiyah pantas menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibu mertuanya itu dan disambut baik oleh Puan Samsiah.
"Umi sayang cucu umi je, kakak ni umi tak sayang pun. Sampai hati umi." Hujung tudung bawalnya dipintal pintal sambil merenung ke bawah.
"Memang umi sayang cucu umi je. Umi tak sayang kau pun! Ishh akulah budak ni sorang! Buat umi rasa nak marah je lagi." Marah Puan Samsiah lagi.
Rayden hanya tersenyum nipis. Wajah muram Safiyah dikerling sekilas. Tadi di dalam kereta lemah sahaja, sekarang dah sampai rumah dia terus segar siap boleh lari keluar dari kereta yang sedang bergerak.
"Marah je lagi umi, Ray pun terkejut tadi. Tak sempat nak tahan sebab tak duga Fiya nak buat macam tu tadi." Tambah Rayden menyokong ibu mertuanya itu.
Safiyah terus mengangkat wajah dan memandang tepat wajah kacak suaminya itu yang seakan-akan sedang mengejeknya kerana dimarahi oleh Puan Samsiah.
"Itulah, haihh budak ni nak kena diajar baru dia serik." Puan Samsiah menggeleng berkali kali sambil memandang Safiyah yang sudah tersebek mahu menangis itu.
"Tak apa umi, biar Ray yang 'ajarkan' budak degil ni sampai dia dengar cakap dan tak buat lagi dah perkara macam tu tadi." Dengan sengaja perkataan 'ajarkan' ditekankan sedikit dan wajah cuak Safiyah dijeling sekilas. Dua hukuman yang akan diberikan kepada wanita itu. Pertama, disebabkan kesakitan 'adiknya' tadi dan kedua disebabkan tindakan berani mati Safiyah sebentar tadi.
"Ha, baguslah macam tu ajar je Ray biar dia insaf lepasni." Balas Puan Samsiah tanpa mengesyaki apa apa. Dan berbeza pula bagi Safiyah yang sudah berasa tidak tenteram dengan kata-kata Rayden itu. Sepertinya dia tahu apa hukumannya nanti.
Dan Rayden pula tersenyum kemenangan seraya mengangkat sebelah keningnya kepada Safiyah.
"Dah dah mari masuk. Dah petang ni." Pelawa Puan Samsiah seraya berlalu masuk ke dalam rumahnya meninggalkan pasangan itu bersendirian untuk menghidang air buat anak dan menantunya kesayangannya itu.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...