💘BAB - 26

28.5K 943 153
                                    

Safiyah yang sedang menutup pintu keretanya itu segera menoleh memandang ke sekililing tatkala dia merasa seakan-akan dirinya seperti diperhatikan oleh seseorang.

Namun tiada sebarang manusia yang mencurigakan di sekitar kawasan tapak parkir di hadapan pasaraya Tesco itu. Hanya terdapat beberapa orang yang berada dikawasan itu dimana mereka semua sibuk dengan urusan masing-masing.

Safiyah menggeleng perlahan bagi mengusir perasaan curiganya itu.

"Perasaan aku aje kot." Tuturnya perlahan untuk menyedapkan perasaannya sendiri.

Namun sebaik sahaja dia memusingkan tubuh ke belakang, dahinya berlanggar dengan sesuatu yang keras. Teranjak sedikit tubuh kecil itu ke belakang dek kerana impak perlanggaran itu.

Dahinya digosok perlahan sambil bibirnya mengomel sesuatu.

"Aduhh, aku langgar iron man ke apa ni?" Omelnya perlahan.

Kepala didongak bagi melihat gerangan yang telah melanggarnya atau yang telah dilanggarnya itu.

Terpana Safiyah saat manusia itu juga turut menundukkan sedikit kepala untuk memandangnya.

Jejaka kacak yang beriris kelabu itu sedang merenungnya bersama riak wajah yang kosong.

Namun Safiyah segera tersedar dari ketelanjurannya dari merenung jejaka tampan itu.

Jangan Fiya jangan! Nanti tahu si Rayden sewel tu naya kau nanti!

"Encik okay? Saya minta maaf, saya tak perasan encik dekat belakang saya tadi." Tutur Safiyah lembut.

Namun jejaka itu hanya diam merenungnya tanpa sebarang balasan.

"Err encik?" Tegur Safiyah sekali lagi apabila reaksi jejaka itu masih kekal seperti tadi.

Sudah! Safiyah sudah mula rasa seram sejuk dengan jejaka yang tidak dikenalinya itu.

Lelaki ni sakit ke?

Atau dia sejenis vampire?

Ataupun dia bisu?

Ishh! Jangan fikir bukan-bukan Fiya!

"Encik?" Safiyah melambai-lambai perlahan tangannya di hadapan wajah kacak itu.

"Aku teman." Ujar lelaki itu ringkas namun riak wajahnya masih kosong seperti tadi.

Terkebil-kebil Safiyah memandang jejaka tersebut bersama dahi yang berkerut hairan.

"Hah?" Soal Safiyah sekali lagi kerana tidak menangkap maksud disebalik bicara lelaki tersebut.

Jejaka tersebut mendengus perlahan melihat wajah blur gadis itu.

Menyusahkan betullah nak kena jaga perempuan ni bagai!

"Aku teman kau beli barang." Ulangnya sekali lagi dengan nada yang lebih jelas.

"Maaf saya tak kenal encik. Saya pergi dulu dan maaf sekali lagi." Safiyah segera melangkah melepasi jejaka pelik tersebut bersama langkah yang laju.

Kenal pun tidak lepastu suka hati je nak teman aku beli barang! Entah-entah ada niat tak baik ke apa ke.

Menyeramkan!

Lelaki ini lebih menyeramkan berbanding Rayden.

Namun langkahnya dipaksa berhenti secara mengejut apabila lelaki itu sudah berdiri di hadapannya.

'Bukan tadi dia dekat belakang ke? Ya Allah, siapa lelaki ni?' Safiyah mula bersiap sedia dengan memegang erat tali sling bagnya untuk dihayunkan kearah lelaki itu sekiranya lelaki itu bertindak menyerang dia terlebih dahulu.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now