"Dah siap?"
Terus terlepas senduk di tangan Safiyah saat suara garau Rayden menyapanya dari arah belakang.
Mengeras tubuhnya saat sepasang lengan kekar lelaki itu melingkar erat di pinggang rampingnya. Belakang tubuhnya yang melekap erat dengan tubuh hadapan Rayden semakin mendebarkan hatinya.
"Sikit lagi. Awak tunggu kejap eh?" Balas Safiyah lembut. Nada suaranya cuba ditenangkan sehabis mungkin meskipun hatinya berdebar hebat saat ini.
"Hmm. Cepat sikit. Aku dah lapar ni. Karang tak pasal-pasal kau yang jadi lauk aku tengahari ni kang." Kepala dijenguk sedikit untuk mengintai lauk yang dimasak Safiyah untuk makanan tengahari mereka pada hari ini.
Wuuu. Kari kepala ikan.
"Ishh! Awak ni, sabarlah. Kalau nak makan cepat, pergi duduk jauh-jauh sana jangan kacau saya."
Lengan Rayden yang melingkar di pinggang rampingnya ditepuk perlahan. Penat buat house tour kata Rayden, itu yang lapar. Pelik-pelik sahaja. Padahal tak sampai 10 minit pun house tour mereka tadi.
"Menghalau kau eh? Nak kena lambung lagi ke macam mana ni? Hmm?" Sejurus itu pipi mulus gadis itu dikemam geram.
"Awak!" Jerit Safiyah lantas menolak wajah Rayden menjauh.
Pipinya yang basah dengan kesan air liur lelaki itu dilap kasar bersama riak wajah yang geli.
"Eeee! Habis melekat air liur awak kat pipi saya! Ishhh!" Ujarnya geram.
Rayden yang sedang tersengih nakal itu dijeling tajam sebelum dia menyambung semula tugasnya yang tergendala sebentar tadi kerana dikacau oleh makhluk asing yang bernama Rayden Rafiqi.
"Alolo dinda merajuk ye? Meh sini kanda bagi pelukan yang hangat khas hanya untuk dinda."
Bersama senyuman yang nakal, tangan didepa luas lalu dia mendekat ke arah gadis itu berura-ura mahu memeluk tubuh kecil itu.
"Tak naklah! Rayden!!!" Jerit Safiyah lalu dia bergerak menjauhi lelaki itu sambil membawa sebuah penutup periuk yang dijadikan sebagai perisai.
Terletus tawa Rayden tatkala penutup periuk itu digunakan sebagai perisai seolah-olah gadis itu merupakan Captain America.
"HAHAHA! Aduh sayang! Setakat penutup periuk kau tu apalah sangat." Ejeknya nakal.
Haih sayang. Geram je aku.
"Awak jangan pandang rendah dekat penutup periuk ni tau! Silap hari bulan dia singgah dekat dahi awak kang." Matanya memincing tajam ke arah Rayden yang masih tertawa itu. Tubuh semakin dirapatkan pada kabinet dapur.
Kau datang dekat memang benda ni melayang dekat kepala kau.
Getusnya di dalam hati.
"Tch."
Rayden berdecit halus lalu dia tetap melangkah ke arah Safiyah meskipun penutup periuk itu menjadi pelindung Safiyah.
Dia mafia kot. Setakat penutup periuk tu apalah sangat.
Dengan sekelip mata penutup periuk itu dirampas lalu diletakkan di atas kabinet dapur dan tubuh kecil sang isteri yang berada di hadapannya dikepung dengan kedua belah lengan sasanya lalu tubuh dibongkok sedikit menyamai paras gadis itu.
Dia tersenyum senget melihat Safiyah terkebil-kebil memandangnya bersama wajah yang cuak.
Tahu takut.
Bisiknya di dalam hati.
"Kenapa diam? Hmm?" Bisiknya tepat di hadapan wajah Safiyah.
Sengaja mahu mengusik.
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...