💘BAB - 51

29.9K 925 177
                                    

"Sayang, bangun please. Abang minta maaf sakitkan sayang." Tangan mulus Safiyah digenggam lalu dibawa ke bibir. Dicium berkali-kali tangan yang selalu membelainya dengan lembut dan penuh kasih.

Pandangannya jatuh pada perut kempis Safiyah sebelum bibirnya perlahan melorekkan senyuman yang bahagia. Baju Safiyah diselak ke atas sedikit lalu bibirnya melekap lembut pada perut kempis Safiyah.

"Daddy minta maaf sebab dah berkasar dengan Mummy. Baby suruh Mummy bangun cepat-cepat tau. Daddy rindu." Tangannya mengusap-usap lembut permukaan perut Safiyah sambil bibirnya tidak henti-henti mencium perut yang sedang membawa pewarisnya. 

Fikirannya melayang mengingatkan perbualannya bersama sahabatnya, Megat Noah Iskandar.

"Macam mana dengan bini aku?" Dia menyoal Noah dengan wajah yang cemas.

"Kau ni, haishh aku sepak apa pun tak dapat. Jangan nak kasar sangat dengan bini sendiri boleh tak? Berbekas cengkaman tangan kau dekat rahang dia. Aku dah pass dekat doktor perempuan untuk further check bini kau sebab dia mengandung. Hal-hal mengandung ni bukan bidang aku. Tapi kalau mengandungkan anak orang memang aku terer lah" Terang Noah kepada Rayden.

"Kejap. Apa kau cakap? Mengandung? Safiyah mengandung?" Soal Rayden yang jelas terkejut dengan kata-kata sahabatnya itu.

Noah menggulingkan bebola matanya ke atas. Bodoh betul Rayden ni.

"Yelah bini kau mengandung. Takkan aku pulak yang mengandung. Bodoh!" Hambek kau Rayden kan dah dibodohkan. 

Rayden terkebil-kebil memandang wajah tampan Noah sebelum perlahan bibirnya melorekkan senyuman yang bahagia. Terus tubuh Noah dipeluk erat. Terkejut jejaka tampan itu.

"Bini aku pregnant bro! Anak aku!" 

"Mestilah anak kau, tak akan anak aku pulak!" 

Buk!

Perut Noah ditumbuk kuat bersama wajah yang dingin dan bengis.

Namun jejaka itu hanya ketawa geli hati tanpa ada sedikitpun rasa gerun terhadap Rayden. Buat apa nak takut dengan Rayden si bingai ni? Dia dah biasalah bertumbuk dengan Rayden sehingga kedua mereka berdarah dan terluka. Mereka sering bergusti di markas lelaki tersebut.  

"Relaxlah bro, tak akan aku nak try bini member sendiri. Mampus aku kena smackdown dengan Mawar nanti." 

Rayden menjeling tajam wajah nakal Noah. 

"Dah boleh masuk tengok bini kau. Aku dah pindahkan ke bilik hujung sana. Pergilah teman dia, bila-bila masa je dia boleh sedar. Kang terkejut pulak Safiyah tu sebab bukan muka kau yang dia tengok masa dia celik mata tapi muka aku. Risau dia fikir aku ni laki dia pulak. Tapi aku on je dia nak anggap aku ni sebagai suami dia sebab aku lagi hensem dari kau." Seloroh Noah. 

Rayden merenung tajam ke arah Noah yang sedang tersengih nakal. Sempat lagi puji diri sendiri. Memang ada yang masuk ke ICU sebentar nanti.

"Hmm. Thanks bro." Bahu kekar Noah ditepuk perlahan. Malas mahu melayan perangai gila-gila jejaka tersebut. Hampir sama gila dengan perangai Rayqal dan yang lain-lain.

Noah tersenyum nipis seraya memasukkan kedua belah tangannya ke dalam kocek jubah doktornya.

"No problem. Ingat Ray, jangan kerap beromen sangat buat masa ni sebab kandungan Safiyah masih baru lagi. Tunggu dulu dalam sebulan dua. Tapi kalau dah sangap sangat rasa tak boleh tahan, roger jelah aku, aku boleh tolong puaskan kau." Keningnya dijongket tinggi ke arah Rayden. Sengaja mahu memanaskan hati Rayden.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now