💘BAB - 32

37.8K 1K 70
                                    

Suasana di dalam sebuah dewan perkahwinan yang dihias indah dengan bertemakan midnight sky itu dipandang kagum dan tidak percaya.

Hotel Del Ganzo Benjamin's milik Alan yang menjadi tempat majlis resepsi mereka pada malam itu dipenuhi dengan ramai tetamu yang hadir yang rata-ratanya merupakan kenalan, ahli keluarga dan rakan perniagaan Rayden.

Tidak disangka bahawa Alan merupakan pemilik hotel yang mewah dan ekslusif ini.

Semua hiasan dan tema majlis resepsi mereka merupakan idea Puan Raishah yang menggunakan khidmat rakannya yang merupakan seorang wedding planner terkenal.

Subhanallah! Cantik sungguh suasana di dalam dewan tersebut pada malam itu.

Lampu-lampu berbentuk bintang yang tergantung menceriakan lagi suasana itu. Sangat mewah! Setiap bunga hiasan yang disusun kemas di setiap sudut dewan itu melengkapi lagi suasana romantik itu.

Rayden yang berdiri di sebelah Safiyah hanya tersenyum kecil melihat reaksi comel isterinya. Lantas pinggang ramping itu dirangkul erat lalu ditarik merapat ke arahnya.

Safiyah yang masih memandang teruja suasana dewan itu tersentak saat tubuhnya ditarik merapat ke arah Rayden.

Kepala didongak sedikit bagi memandang Rayden yang segak menggayakan tuxedo berwarna hitam di tubuh sasanya. Penampilan lelaki itu kelihatan sangat kacak dan menawan. Sangat sesuai sekiranya Rayden menjadi seorang model. Cukup pakej.

"Suka?" Soal lelaki itu perlahan.

Hatinya dia juga turut gembira sekiranya isterinya itu gembira.

"Suka sangat awak! Cantik! Terima kasih awak. Mesti banyak duit yang awak dah keluarkan? Awak buat yang simple pun tak apa saya tak kisah jangan susahkan diri awak." Balas gadis itu lembut.

"Sama-sama kasih. It's okay. Setakat majlis ni apa adahal. Janji orang yang jadi pasangan aku tu ialah kau." Balas lelaki itu kembali.

"Thanks again awak." Ucap Safiyah sekali lagi bersama senyuman yang manis.

Rayden hanya mengangguk dan tersenyum sekilas sebelum dia menunduk mencium puncak hidung isterinya.

Memerah pipi Safiyah saat puncuk hidungnya disentuh lembut oleh bibir lelaki itu.

Ishhh dia ni! Sudahlah ramai orang, segan dibuatnya!

"Eee awak ni! Nanti orang tengok macam mana? Malulah." Rungut gadis itu bersama bibir yang tercebik-cebik membebel kepada Rayden.

"Suka hati akulah. Biarlah orang nak tengok pun. Kau kan isteri aku bukannya isteri orang lain pun. Lagipun kita jemput diorang datang ni sebab nak tunjuk betapa sweetnya seorang lelaki bernama Rayden Rafiqi Zachary. Sweet tak aku cium hidung kau tadi?" Ujarnya bangga sambil kedua belah keningnya dijongket berulang kali memandang wajah manis Safiyah.

Safiyah mencebik menyampah bersama mata yang diputarkan ke atas.

"Sikit pun tak sweet." Bidasnya pedas.

Memincing mata hazel lelaki itu memandang wajah tidak bersalah Safiyah.

Tak sweet ye? Okay tak apa.

Cup!

Terus membulat mata Safiyah saat bibirnya ditindah sesaat oleh bibir basah Rayden.

Rayden tersengih nakal bersama sebuah kenyitan mata dihadiahkan buat gadis itu.

Belum sempat Safiyah mahu membuka mulut mahu memarahi suaminya tiba-tiba ada satu suara yang memintasnya terlebih dahulu.

"Dah-dahlah tu Rayden oi! Kalau nak beromen pun sila masuk bilik ye! Hormat sikit tetamu yang  single ni! Cium-cium pulak, ada aku sepak kang pengantin lelaki tu!" Jerit Rayqal yang berdiri tidak jauh dari mereka berdua. Jejaka itu juga turut tampan di dalam sut hitamnya dengan rambut yang diwarnakan blonde.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now