💘BAB - 24

28.4K 950 123
                                    

"Ray."

"Hmm.."

Rayden yang sedang menyemak fail yang baru sahaja diberikan oleh Fakhrul itu hanya bergumam malas apabila jejaka itu memanggil namanya.

"Apa kau nak buat dengan orang tua tu nanti?" Soal Fakhrul yang sedari tadi memerhatikan gerak geri Rayden.

Rayden memandang Fakhrul sekilas sebelum tumpuannya dihalakan semula pada fail berwarna hitam itu.

"Biar je dia happy-happy dulu. Sebab lepasni dia dah tak boleh nak berbahagia lagi." Jawab Rayden tenang sambil mengukirkan senyuman yang sinis.

"Habislah orang tua tu." Fakhrul membalas sambil tergelak sinis.

Klak.

Tiba-tiba pintu pejabat Rayden dibuka dari arah luar dan kelihatan seorang jejaka tinggi lampai yang segak menggayakan kemeja berwarna hitam yang disinsing sehingga paras siku dimana tiga butang teratas kemeja itu terbuka mendedahkan sebahagian kecil dada kekar lelaki itu.

Dia berjalan ke arah sofa yang diduduki oleh Rayden dan Fakhrul sebelum punggung dilabuhkan bersebelahan Fakhrul yang duduk bertentangan menghadap Rayden.

"Baru sampai?" Soal Rayden sinis sambil matanya masih terlekat di fail hitam itu.

"Jammed." Balas Nufail sepatah.

"Aku sampai dulu dari kau bro." Fakhrul bersuara sambil menepuk-nepuk bahu kekar Nufail yang berada di sebelahnya.

Lantas tangan itu ditepis kasar oleh Nufail dengan iris kelabu miliknya menatap tajam wajah sahabatnya itu.

"Wooo relakslah bro. Bukannya patah pun bahu kau tu." Ujar Fakhrul sambil tersenggih lebar ke arah Nufail yang masih memandangnya.

Lelaki itu menjeling sekilas ke arah Fakhrul yang sedang tersengih itu lalu iris kelabu lelaki itu beralih pula ke arah Rayden yang masih khusyuk membaca isi kandungan fail hitam itu.

"Ada apa panggil aku datang?" Soal Nufail kepada Rayden apabila melihat tiada tanda-tanda lelaki itu mahu berhenti dari terus membaca isi kandungan fail hitam itu.

Rayden pantas mengangkat kepalanya memandang Nufail lalu fail hitam itu ditutup dan bandar disandarkan ke belakang dengan kaki yang bersilang gaya bossy.

Sudut bibirnya ternaik sedikit sebelum dia berbicara.

"Follow orang tua tu dan bawak dia ke markas malam ni." Tuturnya ringkas.

Nufail mengangguk faham lalu dia turut bersandar di sofa dan telefon bimbitnya dikeluarkan dari kocek seluar slacknya lalu dia mula menumpukan perhatian kepada objek yang nipis itu.

Namun apabila terasa dirinya diperhatikan, segera dia menoleh kesebelah memandang Fakhrul yang sedang duduk bersila di atas sofa sambil menghadap ke arahnya dengan kedua belah tapak tangan lelaki itu berada di bawah dagu bersama wajah yang seakan-akan teruja.

"Pahal kau?" Soalnya sedikit kasar lalu memandang semula kearah telefon bimbitnya.

"Takde pape." Jawab Fakhrul sambil wajahnya cuba dicomelkan.

Melihat Nufail yang tidak melayannya dia mendekat sedikit ke arah lelaki itu dan menyambung merenung sahabatnya itu.

Nufail pula sudah panas hati dengan sikap Fakhrul lalu telefon bimbitnya diletak kasar di atas meja panjang di hadapan sofa itu dengan rengusan yang kasar.

Kepalanya ditoleh memandang wajah Fakhrul yang sedang membuat puppy eyes itu.

"Kau pahal setan?!"

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now