💘BAB - 62

28.1K 881 123
                                    

Safiyah yang sedang leka memasak tersentak saat suara garau Rayden menyapanya kasar. Terhinjut bahunya mendengar suara Rayden yang memetir itu.

Dengan perlahan dia berpaling ke belakang dan melihat Rayden yang sedang merenung tajam ke arahnya bersama tangan yang bercekak di pinggang. Raut wajah lelaki itu usah dikata, tegang dan bengis.

"Kan abang dah pesan, jangan buat kerja rumah. Kenapa degil sangat ni hmm?" Soal Rayden dingin seraya mengatur langkah ke arah Safiyah yang sudah menunduk ketakutan.

Setibanya di hadapan wanita itu, api dapur dimatikan terlebih dahulu lalu dia mengepung tubuh montel itu dengan kedua belah lengan sasanya. Ketinggiannya direndahkan sedikit menyamai paras wajah Safiyah.

Dagu wanita itu dipagut kasar agar mendongak memandangnya. Rahangnya bergerak-gerak menandakan bahawa dia sangat marah ketika ini.

"Degil sangat kenapa? Kalau terjadi apa-apa tadi, macam mana? Suka buat abang risau? Hah?"

Namun Safiyah masih berdiam diri malah wanita itu melarikan pandangan dari terus memandangnya.

"Look into my eyes when I'm talking to you." Sekali lagi dagu wanita itu dipagut namun tangannya masih tidak dilepaskan dari terus memegang dagu Safiyah.

"Answer me!" Tegasnya dingin.

"Fiya..Fiya---" Terketar-ketar suara Safiyah cuba bersuara.

"Fiya, Fiya apa?!" Jerkah Rayden tanpa sempat wanita itu menghabiskan kata-katanya.

"Fiya minta maaf. Fiya cuma teringin nak makan tomyam. Jadi Fiya masaklah. Abang janganlah marah Fiya." Dada kekar Rayden yang dibalut dengan kemeja pejabat itu diusap lembut namun tangannya ditepis kasar oleh lelaki itu.

Air mata yang mahu mengalir ditahan sebaik mungkin agar tidak tumpah.

Rayden mendengus berat lalu menarik kasar pinggang wanita itu sehingga terdorong ke tubuhnya namun tidak melekap sepenuhnya kerana terhalang dengan perut besar Safiyah.

"Tak boleh tunggu abang balik? Takpun kenapa tak bagitahu abang? Abang boleh belikan. Abang dah pesan, jangan buat kerja rumah. Memasak, basuh baju apa semua tu tak payah buat. Nanti abang upah orang buatkan semua tu. Yang degil sangat ni kenapa?"

Dia bukannya mahu marah. Tetapi dia risau. Safiyah sudah sarat dan wanita itu masih bertegas mahu melakukan kerja rumah. Dahulu dia mahu mengupah orang, Safiyah melarang kerana masih mahu membuat kerja rumah. Berkali-kali wanita itu menegah agar tidak mengupah orang untuk mengemas rumah.

"Fiya tak nak tomyam kedai. Fiya nak masak sendiri. Fiya tak nak ganggu masa abang kerja." Jawab Safiyah perlahan. Jari jemarinya diramas antara satu sama lain.

Rayden menghela nafas yang berat cuba mengawal barannya. Jika diikutkan hati, pasti Safiyah akan menjadi mangsa kemarahannya. Dia cuba mengawal sebaik mungkin agar tidak menyakitkan isteri kesayangannya itu.

Wajahnya yang tadi bengis kini kembali tenang. Kepalanya disengetkan sedikit lalu bibir merah jambu Safiyah terus ditindih oleh bibirnya. Setiap kali dia disalut amarah, bibir itulah yang akan dicarinya sebagai penawar kemarahannya. Bibir manis yang mampu menenangkannya.

"Kiss me back." Arahnya dengan nafas yang berat sebelum menjamah semula bibir munggil itu. Perlahan Safiyah membalas rentak Rayden yang sudah semakin liar dan rakus. Kepalanya juga terasa lenguh kerana terpaksa mendongak bagi membalas ciuman itu. Lengannya dibawa melingkari leher Rayden dan pinggulnya terasa sedikit perih kerana dicengkam kuat oleh tangan kekar suaminya itu.

Tanpa melepaskan ciuman, Rayden mendorong tubuhnya sehingga melekap pada dinding dapur. Kepala lelaki itu bergerak ke kanan dan ke kiri menikmati bibirnya.

❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]Where stories live. Discover now