"Allahuakbar, Allahuakbar, Lailahillallah..."
Suara merdu Rayden yang baru selesai mengazankan bayi lelaki mereka yang telah selamat lahir sebentar tadi kedengaran penuh sebak dan rasa terharu. Teruja dan gementar di dalam masa yang sama saat dia sudah bergelar seorang Daddy.
Setitis air matanya menitik jatuh ke wajah bayi lelaki yang sungguh comel dan gebu itu.
Riyyadh Syahfiq Zayyhdith.
Sebaris nama yang diberi buat permata yang suci itu.
Tepat pada hari lahirnya yang ke-29, dia dihadiahkan dengan anugerah dan pemberian yang tiada nilainya jika hendak dibandingkan dengan perkara yang lain. Hadiah yang tersangat istimewa dari Safiyah buat dirinya.
Sebentar tadi, di dalam labour room, melihat Safiyah yang bertungkus-lumuh mengerah tenaga untuk melahirkan Riyyadh membuatkan Rayden menitiskan air matanya. Tangisan, jeritan dan rintihan sakit Safiyah sehingga kini seakan-akan terngiang di telinganya.
Sungguh besar pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya itu demi memastikan bayi pertama mereka selamat lahir ke dunia ini.
Dengan sepenuh nyawanya, dia berjanji tidak akan sesekali wanita itu disia-siakan wanita sepanjang nafasnya.
"Assalamualaikum anak Daddy." Bisiknya perlahan di hadapan wajah comel yang sedang tertidur pulas itu. Wajah yang mirip seperti wajahnya namun hanya bibir dan kening sahaja yang mewarisi bibir dan kening dari Safiyah.
Dahi dan pipi Riyyadh yang lembut bak sutera itu dikucup penuh kasih dan lama. Dan seketika, bayi kecil itu bergerak sedikit di dalam pelukan Daddynya. Mungkin terasa akan sentuhan pada wajahnya.
Perlahan Rayden mendodoi Riyyadh sehingga bayi itu kembali terlena di dalam dakapan hangatnya.
Dengan gembira Rayden tersenyum kacak melihat wajah comel itu yang tertidur pulas sebelum kaki panjangnya diatur ke arah katil yang menempatkan Safiyah. Kelihatan wanita itu masih nyenyak lena setelah hampir lapan jam bertarung nyawa dan menahan sakit demi Riyyadh.
Dengan berhati-hati, Rayden melabuhkan pada birai katil Safiyah bersama Riyyadh yang masih di dalam gendongannya.
Manik peluh yang tersisa di dahi bersih Safiyah dikesat lembut oleh sebelah tangannya sebelum kawasan itu dikucup hangat olehnya.
Dan Safiyah yang terasa seakan dahinya disentuh, mula mencelikkan kelopak matanya dengan perlahan-lahan. Matanya dikerdip beberapa kali saat cahaya lampu pada siling bilik yang menempatkan dia mula menusuk ke retinanya.
"Sayang." Rayden memanggilnya lembut.
Kepala ditoleh ke kiri lalu sebuah ssnyuman yang lemah diukirkan buat kekasih halalnya itu.
"Abang?" Dia bersuara perlahan.
"Ya sayang. Abang dekat sini." Jawab Rayden bersama senyuman yang kacak khas buat wanita itu.
"Abang, Fiya nak tengok baby boleh?" Pinta Safiyah setelah dia mula stabil.
"Boleh sayang. Tapi sayang sakit lagi tak?"
YOU ARE READING
❦︎𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐫.𝐑𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐪𝐢❦︎ [✔︎]
RomanceStreeeetttttt...... bamm!!!! "Ya Allah benda apa la pula hentam kereta aku ni?" ~𝐒𝐀𝐅𝐈𝐘𝐀𝐇 Tok tok tok..cermin tingkap Myvi milik gadis tersebut diketuk dengan penuh kemarahan. "Alamak aku nak buat apa ni dia main ketuk-ketuk la pula ke aku ke...